Daftar Saringan Kesihatan (NHSI) di My Sejahtera


Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI)

Boleh set appointment melalui aplikasi MySejahtera:

1. Pilih menu 'Appointment' dari laman utama aplikasi MySejahtera

2. Pilih 'Book an appointment for'

3. Pilih 'National Health Screening Initiative (NHSI) di bawah pilihan perkhidmatan yang ditawarkan

4. Pilih slot tarikh yang tersedia

5. Perincian temujanji boleh disemak kembali di laman 'Appointment' di bahagian 'Upcoming appointments'


Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) ni offer basic screening;

■ Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI)

■ Pemeriksaan tekanan darah 

■ Pemeriksaan paras glukos darah. 

■ Pemeriksaan paras kolesterol darah.


Memang basic, percuma kan 😅 


Expectation aku, boleh terus dirujuk ke pakar hospital kerajaan kalau ada penyakit yang perlu follow up. But of course kena sabarla hadap proses / prosedur klinik / hospital kesihatan setempat di kawasan korang.


Utk yg lebih berkemampuan mungkin lebih prefer swasta.


So setakat pengalaman hari ni, mmg nampak mcm tak ramai yg buat saringan ni. Sbb proses agak kelam kabut mcm tak well informed. Maybe akan datang akan lebih proper.


Macam biasa temujanji Klinik Kesihatan, first day ni tak dpt buat byk. Check blood glucose, tekanan darah, dan BMI. Kena tunggu next appointment utk ambil darah. Dan another appointment utk dpt result dan consult dgn doktor. Tabah ye. Nak sihat kan 😃


Ada satu lagi option, PEKA B40;

https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Tapi option dlm MySejahtera mcm tak function setakat ni.

Sekian, Ikhlas dari Pendakwah Kesihatan 



😁


Sumber asal:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid08eUodrJpz3tan8vKCxwmUkPS6UMxGp5efsz7gMLNooNWWtr9XJHUpFB6sTxnqx17l&id=592119563&mibextid=Nif5oz

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top