Trend AI NPC - itu apa di tiktok?



Istilah NPC ini sendiri berasal daripada sebuah game iaitu Non-Player Character atau karakter non-pemain (selalunya ada dalam genre aksi atau RPG). 

Maksudnya, NPC adalah karakter yang tidak dikendalikan oleh pemain itu sendiri, pemain ini bergerak secara automatik sesuai apa yang ditentukan sebelumnya. Karakter ini biasanya mengisi dunia fiksyen di game.

Mereka adalah watak latar, yang mempunyai pergerakan dan percakapan yang berulang, dan tiada jalan cerita. Watak utama, boleh dimainkan, boleh berinteraksi dengan mereka tetapi hanya dalam cara yang terhad. Mereka adalah alat dalam cerita orang lain.

Contoh yang melanda tiktok sekarang, ada yang bergaya memakai cosplay, dan ada juga yang buat aksi mereka apabila orang beri gift seiring maksud, mereka melakukan aksi berkaitan gift diberi. Kiranya penonton dan pemberi gift adalah 'author' yang mengawal gaya dan jalan cerita mereka.

Ikut fahaman mudah, pemberi gift seolah pemegang console game, dan mereka (yang buat NPC) adalah watak dalam game tersebut.

Jika tidak keterlaluan dan tidak melanggar hukum, masih dibolehkan.


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top