Individu memiliki lesen memandu motosikal atau motokar yang ingin menambah kelas lesen memandu akan dikecualikan daripada menghadiri kursus dan ujian teori mulai 15 September depan.
Maksudnya jika sebelum ini ambil lesen kereta sebab masuk kelas teori, tak perlu ambil lagi. Hanya perlu ke kelas praktikal untuk ambil lesen motor. Begitulah.
Bagaimanapun, calon masih wajib menjalani latihan dan ujian praktikal di litar serta di jalan raya secara berasingan,” katanya.
Menurutnya, had umur untuk memohon lesen memandu motosikal masih kekal pada 16 tahun manakala 17 tahun untuk lesen memandu motokar.
Individu yang mahu memohon lesen memandu juga perlu bebas daripada sebarang tindakan senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis.
Sumber:
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.