'๐๐๐ค๐๐ ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฎ๐ก๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฉ๐๐งโ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023).
Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.
HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
Logo tahun ini menjadikan logo Malaysia MADANI sebagai logo rasmi HKHM 2023 kerana reka bentuk logo yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik โtangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar rukun negaraโ.
Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.
Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2023, sila layari laman sesawang www.merdeka360.my.
Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
PMO Malaysia
*****
Sumber: Merdeka360
Untuk pelbagai muat turun untuk logo dan kit merdeka - http://merdeka360.my/web/logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2023/
Sumber lain -
https://ecentral.my/tema-logo-hari-kebangsaan-2023/
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.