Tentang SLE (Lupus) & Selena Gomez

Selena Gomez & SLE 


Selena Gomez meraih perhatian baru baru ini kerana peningkatan berat badan dan menyebabkan rupa dan tubuhnya kelihatan berbeza. Sebagai selebriti popular antarabangsa beliau tidak terlepas dari body shaming dan kritikan netizen. 

Hakikatnya, beliau merupakan seorang pejuang penyakit SLE atau Lupus dan bergantung kepada ubat ubatan untuk kekal sihat dan mengelakkan komplikasi.

Ubat ubatan yang terpaksa diambil termasuklah steroid yang menyebabkan berat badan meningkat dan lemak terkumpul dibahagian tertentu. 

“Saya cuma nak beri semangat buat semua orang di luar sana yang rasa malu dengan apa juga (masalah) mereka hadapi, saya nak anda tahu bahawa awak cantik dan hebat. Memang ada hari-hari di mana kita rasa tak okay” kata beliau dalam kenyataan baru baru ini. 

Pada 2017,  beliau telah menjalani prosedur penerimaan organ buah pinggang dari rakan baiknya. Ia membuka mata dunia mengenai kepentingan pendermaan organ untuk menyelamatkan pesakit pesakit yang memerlukan. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, pengaruh beliau sedikit sebanyak diharap dapat memberi kesedaran kepada penyakit ini dan memberi aura positif kepada pejuang penyakit SLE di luar sana. 

Apa itu SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 


Pesakit-pesakit SLE hendaklah berusaha mengelakkan diri dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultralembayung matahari akan menyebabkan terjadinya ruam pada kulit.


Ciri ciri lain bagi pesakit SLE adalah

✔️ Demam, keletihan, dan penurunan berat badan


✔️ Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu


✔️ Tompok-tompok merah menyerupai kaput-kupu di pipi dan hidung


✔️ Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari


✔️ Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan


✔️ Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)


Masalah utama ialah kerosakan kepada buah pinggang dan sumsum tulang. Buat masa ini penyakit Lupus hanya boleh dikawal dan bukan disembuhkan sepenuhnya. 

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak. Di Malaysia, dianggarkan terdapat lebih 10 ribu pesakit SLE sejak 30 tahun lalu. 

Sokongan keluarga, rakan dan masyarakat sangat penting untuk memastikan pesakit SLE terus mendapat rawatan.


*****

Sumber - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02fHsTGQF1tVoAKWif7yuETionS6s9XV94CQSwE3XtPrfGjk4kJuS6khjzsJxLV9mql&id=1712327752390423&mibextid=Nif5oz

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top