Carpal Tunnel Syndrome


Adakah anda mengalami masalah tangan kebas dan sakit pada waktu malam?

Kesakitan ini  semakin serius pada waktu pagi selepas bangun dari tidur sehingga merebak ke bahu.

Adakah anda pernah juga rasa kebas di jari(kecuali jari kelingking) dan tangan, semasa memegang stereng kereta, telefon atau surat khabar? Juga merasa lemah di tangan menyebabkan benda yang dipegang terlepas dari tangan?

Ini MUNGKIN gejala Carpal Tunnel Syndrome, sejenis masalah saraf yang berlaku akibat pergerakan yang berulang ulang di pergelangan tangan yang akibatkan saraf terhimpit.


Pekerja yang menaip sepanjang hari di pejabat berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini. Selain itu, tukang jahit, chef, ahli music dan pekerja salon sambut juga berisiko untuk mengalami masalah ini.

Selain dari faktor pekerjaan, masalah ini turut berlaku pada wanita hamil, obesiti, kencing manis & hypothyroid.

Pastikan pergelangan tangan sentiasa lurus, jangan bengkokkan selalu.

Cara terbaik untuk mencegah adalah dengan memastikan postur yang betul semasa melakukan kerja. Jangan lupa berehat dan lakukan regangan setiap 20 minit.

Dapatkan rawatan jika masalah berterusan dan semakin serius.



Sumber:

http://www.mmgazette.com/sindrom-carpal-tunnel-dr-ahmad-mahyuddin/?fbclid=IwAR1Ss7NCZ-YtTkX03_LdSHiGhY142ECI2Jb7EGpjrtBQMvjdsxWHhkWdri8

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top