Hukum guna ChatGPT

Jawapan Dato Dr. Zulkifli al-Bakri berkaitan ChatGPT


Saya telah ditanyakan berkenaan ChatGPT. Berdasarkan penelitian, saya dapati buat masa ini, ia adalah sistem Kecerdasan Buatan (AI) yang amat baik dan luar biasa namun kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam. 

Benar kita boleh “mengajar” AI jika ia menjawab dengan jawapan yang salah, tetapi antara elemen utama yang tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu-isu yang disoal, mentarjih setiap pandangan, dan menyampaikan jawapan yang sesuai dengan soalan si penanya. 

Menjawab permasalahan agama memerlukan ilmu (bukan hanya maklumat), daya emosi yang baik, akal yang sihat dan pengalaman. Semua ini menentukan jawapan yang akan diberikan.

Dalam hal ini, ChatGPT dilihat masih “kaku” malah adakalanya memberikan jawapan yang jauh tersasar samada dalam bidang aqidah, fiqh, hadith, sirah, muamalat dan lain-lain. 

ChatGPT sesuai sebagai panduan umum (tidak semestinya tepat) oleh mereka yang ada asas agama yang baik. Namun ia bukanlah ranah yang sesuai untuk diteroka oleh masyarakat awam yang menginginkan jawapan bagi persoalan agama. 


Untuk persoalan-persoalan agama, Maktabah Al-Bakri sedia membantu. 

https://maktabahalbakri.com


Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid021Y6t8bAmsJAxz5jeqD4D63DNQjbThV6542pP5r6VibSH8Q6YeLkuDEj1J1fUfQxEl&id=100044315565310&mibextid=Nif5oz

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top