Lebuhraya CSR Bentong Raub (Central Spine Road

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengesahkan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Roadkatau CSR) akan mula dibuka kepada pengguna pada 25 Jun 2023. Di mana laluan berkenaan melibatkan keseluruhan jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5B dan sebahagian jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5A, melalui susur keluar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub.

Tambah beliau, pembinaan lebuh raya sepanjang 17 kilometer tersebut dijangka akan menjimatkan perjalanan pengguna selama 40 minit, kerana tidak perlu lagi melalui bandar Raub. 

Pembinaan Lebuhraya CSR dari Kuala Krai, Kelantan ke persimpangan Lebuhraya Pantai Timur fasa 1 (LPT1) melibatkan laluan sepanjang 306.8 kilometer dengan kos RM7.3 bilion. Ia membabitkan enam pakej dengan empat daripadanya iaitu lebih 200 kilometer terletak dalam Pahang bermula dari Kampung Relong di Kuala Lipis.


Sumber: https://paultan.org/2023/06/19/lebuhraya-lingkaran-tengah-utama-dibuka-25-jun/

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top