Maksud dilepas tanpa dibebaskan (DNAA)

Istilah Discharge Not Amounting to Acquittal - dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) yang digunakan di mahkamah ketika proses pendakwaan kes jenayah rasuah sering kali disalah tafsir oleh ramai pihak terutamanya dalam kalangan yang tidak mempunyai latar belakang bidang perundangan.

Berikut adalah penjelasan oleh Prof. Dr. Haidar Dziyauddin (Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi Mara) melalui ruangan kolumnis SPRM di portal rasmi SPRM. 

Gambar: pexels


Menerusi DNAA, orang kena tuduh (OKT) memang akan dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu, bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan yang sama.

Terdapat pelbagai situasi yang boleh mendorong kepada keputusan DNAA termasuk isu teknikal dan ramai tidak tahu bahawa ia sebenarnya memanfaatkan kedua-dua pihak sama ada pendakwaan atau defendan.

DNAA juga membolehkan pendakwaan semula dengan bukti yang lebih kukuh, dan ini akan mendorong kepada pendakwaan yang tidak dapat dicabar pihak defendan.

Kes rasuah melibatkan sekurang-kurangnya dua orang. Justeru, jika individu yang terlibat adalah ramai dan ia membabitkan dana yang begitu banyak, sudah tentu SPRM memerlukan masa untuk menyiasat sebelum dapat lakukan tangkapan untuk menumpaskan sindiket tersebut.

Di Malaysia, pelaksanaan DNAA tidak mempunyai had masa untuk individu tersebut didakwa semula atas pertuduhan sama, jadi ini membolehkan pihak berkuasa mengambil masa mereka untuk melakukan siasatan terperinci. 

*DNAA = dilepas (daripada tuduhan) tanpa dibebaskan (masih boleh dihadap ke mahkamah atas pertuduhan sama) 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top