Review Kdrama: Its Okay Not To Be Okay (KDrama)

 It's Okay Not to Be Okay series

"Tengok cerita ini teringat awak - dan adik awak." Mesej kawan saya seperti dejavu. Teringat ketika drama Pia ditayangkan pun orang ada kata lebih kurang begini apabila melihat Pia dan Budi. Namun saya bersyukur mak saya masih sihat untuk kami sama-sama menjaga adik setelah ketiadaan abah. 

Semasa drama healing ini mula ditayangkan dan sedang hype - saya tidak mempunyai kesempatan pun menontonnya. Kini setelah habis 16 episod, apa yang menyebabkan drama ini jadi indah dan best sebab ia realistik dan relatable. Emosinya, jalan cerita dan skripnya. Logik dan catchy. 

Antara quotes yang saya ingat - 

"You shouldn’t be embarrassed about being sad."

"Love is all about patience."

Saya tidaklah setenang Moon Gang Tae untuk Moon Sang Tae dan Ko Moon-young. Namun saya harap saya mampu jadi lagi baik. 

Saya juga sentiasa berdoa dan berharap adik saya ditemukan dengan orang baik-baik dan faham dia serta sabar dengannya. Jika faham mengambil masa, cukuplah dulu cuba menerima dia. Dia yang ada mood sendiri dan perangai-perangai sendiri. Ada kekurangan dan kelebihan seperti kita. Dia Hafiz, dia istimewa. 


"When you are tired, get some rest. When you are sad, go ahead and cry. It's okay to take a break, then there will surely come a day when you will be able to run again."

- Oh Ji-Wang, It’s Okay to Not Be Okay

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top