Aktiviti KL Urban Youth Fest 2023 di Dataran Merdeka

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Program “KUALA LUMPUR URBAN YOUTH 2023” pada 4 dan 5 November 2023 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 9.00 pagi di Dataran Merdeka. Program “KL Urban Youth 2023” merupakan program yang menyediakan satu platform bagi golongan muda mengekspresif minat dan bakat mereka di mana terdapat pelbagai acara dan pertandingan seperti ‘e-Sports’, ‘Skateboard’, ‘Grafitti’, ‘Shootout Challenge’ dan jualan usahawan belia yang diadakan bagi menarik minat kehadiran pengunjung warga kota serta pelancong asing yang datang melawat Kuala Lumpur. 

Ia bertujuan untuk mempromosikan Kuala Lumpur dengan menarik penglibatan remaja dan belia bagi terlibat di dalam acara program yang sihat dan aktif. KL Urban Youth 2023 juga akan menampilkan persembahan artis belia dari Dzivy, Tim Band, Drama Band dan Haziq Hisham.  

Sempena Ulang Tahun Ke-50 KLfm, KONSERT KL BIG GIG 2023 akan diadakan pada 5 November 2023 (Ahad) jam 9.00 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Penampilan dari artis Dayang Nurfaizah, Datuk Zainal Abidin, Azlan The Typewriter, Akim & The Majistret, Sissy Iman, Black Hanifah, Hael Husaini, Datuk DJ Dave, Ruffedge, Kajol Zuraidah, Rojer dan Minder Singh bersama alunan muzik dari Orkestra DBKL dan RTM. Persembahan nyanyian bagi irama Bollywood juga disertakan bagi menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi. 

Program ini akan turut dimeriahkan dengan jualan makanan dan minuman melalui ‘food truck’ yang disediakan.














Sumber:

Facebook Ahmad Abdullah


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top