Apa kaitan Tembikai dengan Palestin?

 


Perasan atau tidak warna bendera Palestin iaitu merah, hitam, putih dan hijau seperti buah tembikai.

Buah itu menjadi simbol solidariti Palestin kerana melambangkan budaya dan identiti negara terbabit.

Difahamkan, buah tembikai ditanam secara meluas di seluruh wilayah Palestin dari Jenin hingga ke Gaza. 

Ia turut menjadi simbol penentangan yang digunakan penduduk Palestin untuk membantah penindasan Israel terhadap identiti dan bendera kebangsaan mereka.

Idea penggunaan simbol itu pertama kali muncul pada 1967 selepas rejim Tel Aviv menduduki Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis.

Pihak berkuasa pada masa itu mengeluarkan perintah tentera melarang paparan bendera Palestin di tempat umum malah meletakkan ia sebagai satu kesalahan jenayah di Gaza dan Tebing Barat.

Simbol itu kembali digunakan secara meluas setelah catatan pro-Palestin mula disekat di kebanyakan platform media sosial. - Agensi


Emoji 'buah tembikai' simbol solidariti dengan Palestin

🍉🍉Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.

🥤🫧Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.


SUMBER:


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top