Hi! I'm on a mission to promote a campaign of peace scheduled for November 15, 2023, and I can't do it alone. I believe it should be a global event, and to make that happen, I need your help. Your voice and action will give it a great impact.
Green symbolizes renewal and harmony in Palestine. It's used in flags, symbols, and art to express hope for peace, prosperity, and the revival of their homeland, holding significant cultural and political meaning for Palestinians.
Hari ini 35 tahun yang lalu, Yasser Arafat mengisytiharkan kemerdekaan Palestin.
Pembentukan negara haram Israel di bumi Palestin pada 1948 membawa kepada pengusiran serta pembunuhan puluhan ribu penduduk asalnya oleh rejim Zionis. Tahun-tahun berikutnya, konflik bersenjata & percubaan rundingan silih berganti, namun terus buntu.
Peluasan jajahan & penindasan Zionis di Palestin kian dahsyat hingga meletus Intifada Pertama digerakkan gabungan kumpulan pejuang pembebasan Palestin pada Disember 1987. Perkembangan penentangan yang memberangsangkan membawa kepada sidang tergempar Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) pada 12-15 November 1988.
Pada sesi penutupan sidang ke-19 PNC yang berlangsung di Algiers itu, Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin yang ditulis oleh penyair Mahmoud Darwish, menamakan Al-Quds (Jerusalem) sebagai ibu negaranya.
Justifikasi undang-undang kepada pengisytiharan tersebut adalah berdasarkan Resolusi 181 (II) Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947, yang memperuntukkan penamatan & pembahagian wilayah Mandat British kepada 2 negara - gagasan yang ditentang Zionis.
Pada 15 Disember 1988, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Resolusi 43/177, mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan Palestin (pada 2012 Palestin diberi status pemerhati bukan ahli PBB). April 1989, Majlis Pusat PLO dengan rasminya melantik Arafat sebagai Presiden Palestin yang pertama.
3 tahun selepas deklarasi tersebut, Palestin memulakan rundingan dengan Israel di Madrid pada 1991, seterusnya membawa kepada Perjanjian Oslo pada September 1993 & disusuli beberapa lagi perjanjian dalam usaha merealisasikan penyelesaian 2 negara.
Bagaimanapun rejim Zionis memungkiri janji-janjinya, terus memperkuat cengkamannya terhadap tanah Palestin yang dijajah, membina lebih banyak penempatan haram & menindas rakyat Palestin hingga hari ini.
Sumber: WAFA, PBB, The Interactive Encyclopedia of the Palestine Question
Berita: https://twitter.com/501Awani/
https://twitter.com/fedtriyahya/
1 yang menasihati
insya-Allah akan join juga...tp tudung je lah hijau...baju kene pkai uniform...naseb baik tudung bebas
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.