Apa itu gerd? Tanda dan gejala Gerd

 


⚠️Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) merujuk kepada keadaan apabila asid perut mengalir ke esofagus yang merupakan saluran yang menghubungkan mulut dan perut.


💥Antara gejala GERD termasuklah pedih ulu hati, sakit dada, perut kembung, sukar menelan dan sebagainya. GERD yang tidak terkawal boleh mengganggu kualiti kehidupan seharian.


📌Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menitikberatkan pemakanan sihat bagi mencegah GERD.




https://m.facebook.com/







GERD adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus.

Antara tanda GERD adalah Pedih ulu hati- 

Pesakit akan rasa pedih dan sakit yang menusuk pada bahagian tengah dada. Gejala ini seakan akan gejala serangan jantung. Sebab itu ia boleh mencetuskan rasa panik 

Kadang kala, pesakit alami sesak nafas, sakut yang menjalar dari kawasan perut, dada dan leher.
.

Jika pesakit alami pedih ulu hati kurang dari 2 kali seminggu, ini dikategorikan sebagai GERD sederhana.

Walau bagaimanapun, jika simptom berlarutan lebih daripada 2 kali seminggu, ini merupakan tanda GERD yang SERIUS.

Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda terlalu kerap mengalami pedih ulu hati.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top