Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Apa itu PADU? (Sistem Pangkalan Data Utama)

 


Apa itu PADU? 

Pangkalan Data Utama (PADU) mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Senang cerita, tak perlu isi borang banyak dah di pejabat kerajaan nanti, sebab kita dah isi ini. Begitu tujuan utamanya. Selain sama maklumat satu agensi dengan lain, untuk pastikan bantuan atau berkaitan sampai ke tangan yang tepat. Selari. 

Kerajan nak mansuhkan (atau dalam proses nak mansuhkan pengkelasan ekonomi bedasarkan B40/M40/T20 ni). Dengan adanya sistem ini, kerajaan dapat bagi subsidi dengan lebih telus. Jadi orang yang betul-betul layak akan dapat. 

Ini boleh daftar dan kemaskini sehingga Mac nanti

Untuk daftar PADU tekan sini: https://www.padu.gov.my/

 

*****

CARA DAFTAR PADU

 

*****

📌Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Jan - @rafiziramli  (daftar sehingga 31 Mac 2024) 

📌3,000 pendaftar pertama Sistem PADU akan terima kad NFC Touch 'n Go secara percuma - Rafizi

Bila masuk ke PADU nanti, maklumat yang ada dalam semua pangkalan data kerajaan (lebih 270+ kesemuanya) memang sudah tersedia. Contohnya maklumat peribadi (nama, kad pengenalan, umur, jantina dll), maklumat pendapatan, maklumat kenderaan, maklumat anak dan tanggungan dan lain-lain. 

Tetapi ia perlu disahkan dan dikemaskinikan untuk memastikan data kerajaan itu berlaku adil kepada rakyat kerana data dari PADU akan digunakan untuk menyasarkan subsidi kepada golongan yang layak kelak. 

Daftar PADU kena bayar tak? TIDAK. 

Pendaftaran baharu, pengemaskinian dan semakan di sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

Sentiasa berwaspada dengan skim penipuan atau scam yang menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan PADU di media sosial.








PADU dibuat oleh siapa? 

1) PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain. Bagi saya, padunya PADU ini kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan consultant dan kontraktor luar.

2) Penjawat AWAM membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta. Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan.

3) PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat.

4) PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya.

PADU berjaya disediakan dalam tempoh yang singkat dan tanpa peruntukan tambahan kerana hasil penat lelah penjawat awam yang bersengkang mata selama tujuh bulan.

Dari awal, saya telah lontarkan cabaran ini kepada pasukan teras dari Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU, bahawa PADU ialah satu peluang untuk membuktikan kepakaran yang ada di kalangan penjawat awam. 

Saya berdoa kewujudan PADU akan membawa perubahan besar kepada khidmat awam dari kerajaan kepada rakyat. Memang pasukan teras yang mengusahakan PADU akan terus berdepan dengan cabaran, tetapi jika ada pujian mengenai PADU, pujian itu layaknya kepada penjawat awam.

Terima kasih dari saya (secara terbuka) kepada semua penjawat awam dan keseluruhan anggota pasukan dari pelbagai agensi yang telah bertungkus lumus sejak Mei 2023 sehinggalah PADU dapat diluncurkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri minggu depan.

Data PADU tidak akan diintegrasikan dengan sistem bank.


Maklumat lanjut: https://www.ekonomi.gov.my/ms/padu



Sumber:

https://twitter.com/officialmosti/

https://twitter.com/EkonomiMalaysia/

https://twitter.com/rafiziramli

https://twitter.com/bernamadotcom





2 yang menasihati

  1. Anonymous10:47 PM

    Pada saya sistem ni, tak payah "dipaksakan" kepada rakyat yang tak mahu daftar. Siapa yang nak daftar silakan. Saya tak suka "kerajaan yang memaksa"!

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:34 PM

    Bagi saya, jika ada keterjaminan dan untuk penambaikan untuk rakyat boleh saja. Ada usaha dan improvement, kita support!

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top