Cara daftar ASB online | Online Registration myASNB



Di artikel ini saya kongsikan beberapa cara mendaftar atau membuka akaun ASB. Ada pelbagai cara. Ada di kaunter, ada di kiosk, ada melalui laman web, juga di aplikasi. Moga bermanfaat. 

Selain ke kaunter cawangan/ejen ASNB, anda juga boleh membuka akaun ASB secara online melalui aplikasi myASNB.


WALK IN

Boleh pergi pejabat post atau bank macam cimb/maybank/rhb. Cakap nak buka akaun ASB. 

KIOSK


Cara buka akaun ASB:

1. Pergi ASNB, ada mesin kiosk. 

2. Bawa IC and debit card (untuk deposit RM10)

3. Ikut arahan di kisok. Settle ✅

Untuk anak, bawa mykid anak. Kalau takde mykid, boleh guna surat beranak tapi urusan di kaunter.

Sumber: @ImanAbdulRahim


GUNA APLIKASI MyASNB

Nota Penting:

1. Sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, korang perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, e-mel & alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB ; contohnya pejabat pos.

2. Korang bagitahu saja dekat kaunter yang korang nak update maklumat untuk guna portal ASB online. Lepas tu, barulah korang boleh daftar & guna perkhidmatan ASB online ni.

Langkah 1

- Guna App MyASB. Muat turun

- LANGKAH 2

Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar

Isikan maklumat di ruang yang disediakan


LANGKAH 3

Buat proses verifikasi identiti.

Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan. 


LANGKAH 4

Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.

Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia. 

Sumber: ecentral.my



CARA BUAT ASB ONLINE (Laman Web) 


Langkah 1:

Korang perlu layari website myasnb.com.my



Langkah 2:

Di bahagian ini, korang perlu isi maklumat pemegang unit.

- Pilih jenis kad pengenalan & isi nombor kad pengenalan korang

- Pilih salah satu produk ASNB yang korang miliki & klik ‘Seterusnya

Langkah 3:

- Isikan butir-butir akaun ASNB korang seperti yang tertera di skrin.

- Sahkan nombor telefon bimbit korang adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB & kemudian klik ‘Request TAC’.

- Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS & klik ‘Seterusnya’.


Langkah 4:

Cipta Akaun Portal myASNB korang

- Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna korang

- Masukkan Frasa Selamat

- Pilih TIGA soalan keselamatan & masukkan jawapan yang berkenaan

- Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran


Nota Penting:

Korang diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan & jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

Langkah 5:

Setelah pendaftaran berjaya, korang akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.

Dengan portal myASNB online ni, korang dah tak perlu beratur panjang untuk menyimpan / menambah pelaburan ataupun menyemak dividen & baki pelaburan. Selamat mencuba!😉


Sumber:

https://twitter.com/MauKerjaMY/


Boleh rujuk juga:

CARA KELUAR DUIT ASB ONLINE TANPA PERGI BANK 

https://www.mysumber.tv/cara-buka-akaun-asnb-online/


Cara buka akaun ASB online


Moga bermanfaat. 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top