Cara declare income tax online (cukai) @ LHDN

Mesti ada di antara korang yang belum pernah declare cukai, jadi mari kita baca perkongsian bermanfaat daripada Tuan Azrul Izzaham - seorang yang rajin berkongsi info-info berkaitan percukaian dalam bahasa mudah di media sosial. Mari kita baca.

Photo by Pixabay

Cara declare cukai:

Pertama kali nak declare cukai (makan gaji), ini ringkasan. Harap membantu tunjuk jalan nak mula dari mana. Korang follow jelah step ni ya

1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.



2. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk semak dah ada nombor cukai atau belum. Kalau belum ada nombor cukai perlu daftarlah

3. Jika dah ada nombor cukai, kena dapatkan login access untuk masuk ke sistem declare cukai secara online nanti. Kita akan declare cukai melalui website mytax.hasil.gov.my

4. Dekat website tadi, korang masukkan nombor pengenalan dekat sini.


5. Nanti dia akan keluar notification macam ini kalau korang belum pernah ada access ke sistem MyTax ni. Ada dua kaedah nak mohon access,

a. e-CP55D - Masukkan emel, upload salinan IC berwarna.

b. e-KYC - Selfie, snap gambar IC.


e-CP55D, lepas upload IC, nanti LHDN akan emelkan satu link URL dia panggil pengaktifan nombor pin. Klik link, setup password semua.

e-KYC kaedah ni kena pakai phone, kena download apps MyTax. Lepas selfie, akan keluar paparan untuk setup password. 

6. Settle setup password, baru boleh login ke sistem MyTax ni. Tak kisah login dekat website ke ataupun melalui phone. Untuk login kena masukkan nombor kad pengenalan dan password yang korang setupkan tadi. 

7. Nak declare cukai, kena ada maklumat gaji. Maklumat gaji ni kena dapat dari majikan. Majikan akan keluarkan borang EA (Pekerja Swasta) / EC (Agensi Kerajaan) untuk bagitau berapa gaji tahunan korang (Merangkumi semua bonus, elaun dan lain-lain).

Majikan kena keluarkan borang EA/EC ni selewatnya 28 Februari 2023 untuk cerita penggajian tahun lepas. Tahun 2022.

8. Nanti 1 Mac 2023, baru boleh mula declare gaji korang dalam sistem MyTax. Loginlah semula ke sistem MyTax tu dan pergi klik Perkhidmatan ezHasil - e-Filing - e-Borang - e-BE Tahun Taksiran 2022. (Sama untuk tahun berikutnya) 




9. Akan keluar paparan baru (Tak boleh tunjuk contoh sebab 1 Mac nanti baru ada borang cukai tahun 2022), dalam paparan baru tu korang isi maklumat yang diperlukan. Bahagian maklumat income, ambik dari borang EA/EC tadi transfer ke dalam borang cukai. Termasuk maklumat PCB.

Sebenarnya saya dalam perancangan untuk ajar isi borang cukai ni dalam Tiktok live nanti. Korang boleh follow Tiktok saya siap-siap. 1 Mac 2023 kita on terus beberapa siri live.

10. Dalam nak isi maklumat dalam borang e-BE tahun taksiran 2022, akan ada bahagian untuk tuntut pelepasan cukai yang korang layak. Ni lah bahagian yang orang dok cakap pasal resit boleh tolak cukai tu. Nak tuntut pelepasan wajib ada resit, dokumen bukti ya.

11. Lepas dah siap semua, pergi dekat rumusan, korang akan dapat paparan bagitau berapa cukai korang kena / tak kena cukai. Kalau korang ada PCB, nanti boleh set off samada kena topup cukai atau dapat refund. Kalau ada bayar zakat pun sama.

12. Tahun depan, repeat je step sama.

Benda senang je. Korang kena cuba declare cukai ni. Kalau dah lalui pengalaman tu baru senang lagi nak faham. Baca thread atau tengok video ni, tak sama pengalaman dengan feel kita buat sendiri.

Cubalah ya. 

*****

Nota tambahan:

Korang dah ada nombor cukai dengan LHDN mungkin disebabkan pernah didaftarkan secara automatik oleh LHDN. Next yang korang perlu buat adalah, dapatkan login access ke sistem MyTax. Maklumat percukaian korang semua boleh semak di sistem MyTax.

Kerja makan gaji ke ada bisnes Enterprise ke tak perlulah nak daftar nombor cukai berbeza. Walaupun ada perubahan income dari makan gaji ke bisnes Enterprise, pakai saja nombor cukai sama.


*****


Berapa gaji kena or tak kena cukai?

LHDN dah kirakan siap gaji berapa yang tak kena cukai. Dengan pecahkan kepada beberapa kategori,


1. Diri Sendiri (Bujang/ Janda/ Balu/ Duda/ Pasangan takda income)

2. Kahwin Taksiran Berasingan

3. Kahwin Taksiran Bersama


Perkongsian asal yang telah diizin kongsi. Terima kasih Tuan Azrul. 




Tuan Azrul Izzaham merupakan pengasas bersama Zortax. Beliau boleh dihubungi melalui https://linktr.ee/AzrulIzzaham








0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top