Mesti ada di antara korang yang belum pernah declare cukai, jadi mari kita baca perkongsian bermanfaat daripada Tuan Azrul Izzaham - seorang yang rajin berkongsi info-info berkaitan percukaian dalam bahasa mudah di media sosial. Mari kita baca.
Photo by Pixabay |
Cara declare cukai:
Pertama kali nak declare cukai (makan gaji), ini ringkasan. Harap membantu tunjuk jalan nak mula dari mana. Korang follow jelah step ni ya
1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.
2. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk semak dah ada nombor cukai atau belum. Kalau belum ada nombor cukai perlu daftarlah
3. Jika dah ada nombor cukai, kena dapatkan login access untuk masuk ke sistem declare cukai secara online nanti. Kita akan declare cukai melalui website mytax.hasil.gov.my
4. Dekat website tadi, korang masukkan nombor pengenalan dekat sini.
5. Nanti dia akan keluar notification macam ini kalau korang belum pernah ada access ke sistem MyTax ni. Ada dua kaedah nak mohon access,
a. e-CP55D - Masukkan emel, upload salinan IC berwarna.
b. e-KYC - Selfie, snap gambar IC.
6. Settle setup password, baru boleh login ke sistem MyTax ni. Tak kisah login dekat website ke ataupun melalui phone. Untuk login kena masukkan nombor kad pengenalan dan password yang korang setupkan tadi.
7. Nak declare cukai, kena ada maklumat gaji. Maklumat gaji ni kena dapat dari majikan. Majikan akan keluarkan borang EA (Pekerja Swasta) / EC (Agensi Kerajaan) untuk bagitau berapa gaji tahunan korang (Merangkumi semua bonus, elaun dan lain-lain).
Majikan kena keluarkan borang EA/EC ni selewatnya 28 Februari 2023 untuk cerita penggajian tahun lepas. Tahun 2022.
8. Nanti 1 Mac 2023, baru boleh mula declare gaji korang dalam sistem MyTax. Loginlah semula ke sistem MyTax tu dan pergi klik Perkhidmatan ezHasil - e-Filing - e-Borang - e-BE Tahun Taksiran 2022. (Sama untuk tahun berikutnya)
Tiktok: @azrulizzaham
*****
Nota tambahan:
Korang dah ada nombor cukai dengan LHDN mungkin disebabkan pernah didaftarkan secara automatik oleh LHDN. Next yang korang perlu buat adalah, dapatkan login access ke sistem MyTax. Maklumat percukaian korang semua boleh semak di sistem MyTax.
Kerja makan gaji ke ada bisnes Enterprise ke tak perlulah nak daftar nombor cukai berbeza. Walaupun ada perubahan income dari makan gaji ke bisnes Enterprise, pakai saja nombor cukai sama.
*****
Berapa gaji kena or tak kena cukai?
LHDN dah kirakan siap gaji berapa yang tak kena cukai. Dengan pecahkan kepada beberapa kategori,
1. Diri Sendiri (Bujang/ Janda/ Balu/ Duda/ Pasangan takda income)
2. Kahwin Taksiran Berasingan
3. Kahwin Taksiran Bersama
Perkongsian asal yang telah diizin kongsi. Terima kasih Tuan Azrul.
First time nak declare cukai (makan gaji), ini ringkasan. Harap membantu tunjuk jalan nak mula dari mana. Korang follow jelah step ni ye.#TwtCukaiMY
— Tanya Cukai Pada Zortax (@AzrulIzzaham) February 9, 2023
Tuan Azrul Izzaham merupakan pengasas bersama Zortax. Beliau boleh dihubungi melalui https://linktr.ee/AzrulIzzaham
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.