Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Cara pergi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) di MBSA Convention Centre



Semua dijemput ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023.

SIBF ini akan bermula mulai 1 Disember hingga 10 Disember 2023 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Para pengunjung dapat menikmati jualan buku, diskaun menarik, pelbagai aktiviti serta memperluaskan sumber bacaan dan ilmu pengetahuan.

Layari sibf.my dan platform media sosial Selangor International Book Fair untuk maklumat lanjut. 


Cara pergi MBSA Convention Centre Shah Alam:


Dengan BAS

Jika di sekitar Shah Alam, naik bas SmartSelangor nombor SA02

Ia Percuma


KTM KOMUTER

Turun di salah satu daripada dua stesen ini:

a) Stesen Batu 3 (Dari KL Sentral)

b) Stesen Shah Alam (Seksyen 19) (Dari Klang)

Dari sana anda boleh menaiki bas SA02 SmartSelangor untuk sampai ke Pusat Konvensyen MBSA. 


LRT

Ke Pasar Seni

Kemudian naik bas 750 dan turun di Batu Tiga Lebuhraya Persekutuan SA915

- Dari situ akan jalan kaki 15 minit ke MBSA


*Sumber

DENGAN TEKSI ATAU PERKHIDMATAN E-HAILING

Ini adalah cara terpantas untuk sampai ke tempat SIBF (MBSA). 

Bayaran bergantung pada jarak dari lokasi anda ke Pusat Konvensyen MBSA. 


Banyak buku baru yang menarik di jual, dan sesi tandatangan pun banyak juga diadakan. Selamat menikmati buku. Hati-hati di jalan raya ok! 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top