Kronologi terkini kes pembunuhan adik Zayn Rayyan

 


KISAH PILU ANAK SYURGA, ZAYN RAYYAN

  • 5 DISEMBER, 12:30 TENGAH HARI

Ibu kepada kanak-kanak lelaki Autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya.


  • 6 DISEMBER, 11:16 PAGI

Pencarian ibu mangsa gagal menemui anak sulung daripada dua beradik itu dan meminta penduduk setempat membantu mencari kanak- kanak malang berkenaan.


  • 6 DISEMBER, 4:12 PETANG

Beberapa kanak-kanak memberitahu bahawa mereka melihat mangsa masuk ke kawasan belukar berhampiran.

Mangsa turut dikatakan dilihat bermain di tingkat tiga blok kediamannya tetapi melarikan diri sebaik melihat kehadiran orang lain.


  • 6 DISEMBER, 4:27 PETANG

Operasi dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya Unit Anjing Pengesan (K9) dan bomba dijalankan di kesemua bangunan perumahan serta kawasan berhampiran namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan mangsa.


  • 6 DISEMBER, 9:00 MALAM

Polis menggerakkan operasi pencarian rumah ke rumah yang membabitkana 40 anggota bersama 60 penduduk setempat.

Operasi itu memeriksa 2,482 unit kediaman di 18 blok apartmen terbabit.


  • 6 DISEMBER, 10:00 MALAM

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai.


  • 6 DISEMBER, 11:46 MALAM

Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.


  • 7 DISEMBER, 12:02 TENGAH MALAM

Faizol Najib Abdul Naim, 45, tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak lagi bernyawa.


  • 7 DISEMBER, 1:04 PAGI

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid mayat mangsa akan dibedah siasat.


  • 7 DISEMBER, 10:36 PAGI

Polis akan merakam keterangan saksi, keluarga dan jiran diklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.


  • 7 DISEMBER, 3:30 PETANG

Bedah siasat masih dijalankan oleh pihak Forensik di Hospital Sungai Buloh dan ibu Zayn Rayyan, Ismanira menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.


  • 7 DISEMBER, 5:00 PETANG

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


  • 7 DISEMBER, 6:00 PETANG

Jenazah Zayn Rayyan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.


  • 7 DISEMBER, 7:00 PETANG

Jenazah dikebumikan Zayn Rayyan di Tanah

Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.





10.45pm 7 Disember

Terdapat kesan jerutan di leher arwah.

Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di lokasi jenazah ditemui.

Menurut pengarah JSJ Shuhaily Mohd Zain.
Terdapat defensive wound pada tubuh badan arwah Zayn Rayyan.

Menurut pengarah JSJ, mangsa dipercayai meninggal disebabkan strangulation.

Kejadian dipercayai within 48 hours sebelum jenazah ditemui



9.25am 9 Disember

Polis menafikan bahawa arwah Zayn Rayyan adalah mangsa dera.

Ketua polis Selangor Hussein Omar Khan menyatakan bahawa tiada kesan kecederaan lama ditemui pada badan mangsa, dan Zayn Rayyan telah dijaga dgn baik semasa hidup. 

1pm 9 Disember 2023

Polis sudah memeriksa tiga blok perumahan membabitkan 540 unit daripada 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah

Polis mula meneliti senarai pesalah seks berdaftar yang tinggal di sekitar kawasan kejadian.

KP Selangor berkata polis masih menjalankan siasatan samada terdapat elemen jenayah seksual, & sedang menunggu keputusan dari Jab Kimia

2pm

Seekor Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman yang dikenali sebagai Ruby telah dibawa masuk ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, bagi membantu siasatan pegawai forensik


Sumber: Pelbagai berita utama. 

Semoga pembunuh adik Zayn Rayyan ditemui. Adik dah berada di tempat yang lebih indah.


*****

[UPDATE KES ZAYN RAYYAN]


2 bulan sudah berlalu…

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kini menawarkan ganjaran RM20,000 kepada mana-mana pihak yang dapat bantu polis menangkap suspek.

Justice for Zayn Rayyan


*****

Kemaskini (update) perkembangan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan


1 JUN 2024

Media melaporkan kedua-dua ibu bapa arwah adik Zayn Rayyan telah ditahan polis malam tadi.

Ia untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut. Mereka akan direman.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya benarkan permohonan reman ke atas kedua-dua ibu bapa arwah Zayn Rayyan. 

7 hari reman.

Tahanan reman bagi bantu polis lengkapkan siasatan kes dibawah S 302 KK.


7 JUN 2024

Majistret benarkan permohonan lanjutan reman ke atas kedua-dua ibu bapa kepada Zayn Rayyan.

Sehingga Rabu depan.

Siasatan lanjutan pihak polis bersambung.


10 JUN 2024

Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 JUN 2024.


12 JUN 2024

BERNAMA melaporkan akan ada prosiding tertutup hari ini diantara Majistret dan kedua-dua OYDS.

Sama ada kedua-dua OYDS akan didakwa di mahkamah atau tidak, akan terjawab esok.

OYDS iaitu ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abd Manaf tidak membuat sebarang pengakuan bersalah sebaliknya hanya memberi keterangan di hadapan majistret, kata peguam bela.

Jabatan Peguam Negara akan akses, teliti serta lihat dan membuat keputusan esok, sama ada OYDS akan dilepaskan dengan jaminan polis atau dituduh di mahkamah.

“Esok adalah keputusan, saya percaya kertas siasatan sudah sampai ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC)”, kata peguam.

12 JUN petang 

Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan hari ini

Pasangan terbabit ditahan pada jam 2.30 petang di mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

13 JUN


Suspek, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abd Manaf dituduh di mahkamah atas kesalahan mengabaikan arwah Zayn Rayyan.

Kesalahan jenayah di bawah s 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak.

Suspek mengaku tidak bersalah.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

31(1)(a): mana-mana individu, ibu bapa atau penjaga boleh didapati bersalah jika mengabaikan kanak-kanak kepada sebarang cara yang mungkin menyebabkan mereka alami kecederaan fizikal atau emosi.

Jadi, pembunuh Zayn Rayyan masih ada di luar sana.

Tiada tuduhan s 302 KK ❌


Datuk, nenek Zayn akan dibebaskan petang ini - Fahmi


Siasatan kes di bawah s 302 KK diteruskan.

Polis akan terus cari pembunuh sebenar.

Kes belum selesai. Justice for Zayn Rayyan.


Sumber:

- https://www.buletintv3.my/nasional/kronologi-24-jam-terakhir-reman-ibu-bapa-zayn-rayyan/?s=09

- https://x.com/kamarul14/status/1800724759870951682?s=19




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top