Ini kisah perkongsian untuk generasi baru ketahui bagaimana pertemuan 30 tahun dahulu memberi kebahagian yang tidak disangka.
1. 30 tahun dahulu, sebelumnya ada intenet dan youtube, kita semua hanya tertumpu pada satu sumber media utama - televisyen.
2. Sitcom Pi Mai Tang Tu adalah antara rancangan televisyen paling panjang sepanjang mewarnai kehidupan masyarakat pada tahun 80-an dan 90-an.
3. Kalau nak tahu, pada ketika itu, setiap episod baru akan di tunggu setiap hujung minggu.
Seisi keluarga berkumpul di depan TV bergelak ketawa. Simple sahaja kehidupan dulu, mudah untuk gembira.
4 . Dalam sitcom ini, Wan Ismail Golok (Sabri Yunus) merupakan penyiasat persendirian dengan loghat pantai timur manakala Lucy (Angelina Tan) adalah pengusaha pendandan rambut.
5. Menggunakan latar belakang warung di sebuah kawasan flat, Wan Ismail Golok, Imuda, Mat Over, Mat Deris dan Sathiya adalah pemuda pemuda yang selalu melepak dan kehadiran Lucy sentiasa membawa keceriaan.
6. Sitcom tersebut berakhir setelah 17 musim dengan lebih 1200 episod. Selepas itu semua pelakon mengikut haluan masing masing dan tidak kerap berhubung antara satu sama lain. Ramai juga pelakon yang telah meninggal dunia.
7. Siapa sangka setelah 16 tahun sitcom tersebut berakhir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menghubungkan kembali ikatan persahabatan mereka sekali gus membawa hubungan ke fasa yang lebih serius.
8. Hari ini (14 Oktober) Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, selamat bernikah dengan Angeline Tan, 56, pagi tadi.Pasangan itu dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza. Terkejut ingat babak dalam drama baru.
9. Setelah berpuluh tahun lamanya mereka di pentas yang sama menghiburkan masyarakat, akhirnya , mereka menemui kebahagian yang tidak disangka sangka.
Tahniah kepada Lucy & Wan Ismail Golok. Inilah baru real Pi Mai Tang Tu!
Sumber asal:
https://twitter.com/health_malaysia/
*****
Gambar: https://www.mingguanwanita.my/ |
Pelakon dan pengarah Sabri Yunus mendedahkan nama Ardini secara spontan mucul dalam fikiran sebaik sahaja isterinya, aktres Angeline Tan sah melafazkan syahadah pada 26 September lalu.
Ditanya mengenai bibit cinta dengan aktres yang juga bekas ratu cantik itu, Sabri berkata, mereka mula intim tiga tahun lalu biarpun sudah berlakon bersama sejak 1992.
Saya jenis orang yang tak suka berkawan rapat, sekadar suka-suka sahaja. Kalau rapat saya mahu berkahwin terus.
“Saya ada suarakan isi hati, tetapi tak mendesak lebih-lebih lagi memaksanya menukar agama. Perkara ini memerlukan keikhlasan selain perlu diberikan sama untuk berfikir sama ada terima ataupun menolak,” ujar Sabri Yunus.
[https://www.kosmo.com.my/2023/10/14/allah-ilhamkan-nama-isteri-ardini-sabri-yunus/]
Tahniah dan moga bahagia hingga ke syurga buat pasangan sejoli Sabri Yunus dan Angeline Tan (Ardini).
Terkini mereka berdua telah pergi mengerjakan umrah (hadiah tajaan perkahwinan). Alhamdulillah. Rezeki.
Bacaan lain:
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.