Shakila menerusi post asal di facebook telah menghalalkan resepi Jelly Ball ini untuk dikongsi bersama. Berikut adalah resepi Jelly Ball viral yang sedang trending sekarang.
RESEPI JELLY BALL
Bahan-bahan membuat Jelly Ball:
1 pek serbuk jelly 10g kosong (plain)
1/2 pek (5g) serbuk agar kosong (plain)
250g gula
1200g air
Kordial lion (ikut kita nak perisa apa)
Cara-cara buat Jelly Ball:
- Satukan serbuk jelly serbuk agar-agar dan gula
- Campurkan dalam air
- Masak hingga mendidih (sentiasa kacau bagi semua bahan larut)
- Bahagi kepada beberapa bahagian
- Saya buat bahagi 3 saja. Setiap bahagian letak 2 sudu besar kordial tuang dalam acuan dan tutup.
* Kalau tak ada acuan bulat ni boleh saja guna mana-mana acuan yang ada
biar suam sikit baru masuk peti.
- Siapp!
Selamat mencuba.
Moga dapat memberi manfaat pada kalian.
[Moga perkongsian ini memberi 1001 kebaikan kepada Puan Shakila. Insya-Allah.]
2 yang menasihati
Teringin gak nk buat nie... Kene beli acuan dia dulu nie... Hihihi
ReplyDeletemudah aje cara nak membuatnya. kena cuba nanti...
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.