Sinopsis Filem Abang Adik (富都青年) Yang Berjaya di Peringkat Antarabangsa (Global)



Bukan sahaja diiktiraf di peringkat global, filem ‘Abang Adik’ juga telah memecahkan rekod apabila berjaya mengumpul NT$40mil (RM6.5 juta) dalam masa 10 hari tayangan di Taiwan.

Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia Jin Ong yang bertajuk ‘Abang Adik’ telah menarik perhatian komuniti penerbit filem di peringkat global..

‘Abang Adik’ mula menarik perhatian orang ramai sejak bulan Mac tahun ini apabila telah mendominasi enam kategori di Festival Filem Antarabangsa Fribourg di Switzerland, termasuklah kategori hadiah utama, hadiah juri khas, hadiah juri belia, dan hadiah kritik.

Bukan itu sahaja, filem berkenaan turut memenangi Anugerah Juri Ekumenikal dan Anugerah Penonton.

Kalau anda nak tahu, filem ‘Abang Adik’ merupakan usaha kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang berjaya meraih pelbagai anugerah sejak termasuk di Festival Filem Asia Timur ke-25 di Udine, Itali, Festival Filem Asia New York ke-22, Festival Filem Seratus Bunga Emas di China dan Festival Filem Antarabangsa QCinema – The Next Asian Wave di Filipina.

Filem bergenre drama dan keluarga itu juga mendapat pengiktirafan di Anugerah Golden Horse ke-60 di Taipei apabila dicalonkan dalam tujuh kategori.

Kategori tersebut ialah Pelakon Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Taiwan Wu Kang Ren, Pelakon Pembantu Terbaik, Pengarah Baru Terbaik, Pelakon Baru Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Filem Asli Terbaik, dan Solekan serta Reka Busana Terbaik. 

Baru-baru ini, ‘Abang Adik’ mencatat sejarah di Taiwan apabila mencipta rekod pecah panggung dengan kutipan RM2.2 juta selepas hanya tiga hari ditayangkan.

Malah filem karya pengarah kelahiran Taiping, Perak itu juga berjaya menarik tumpuan orang ramai apabila telah mencipta kejayaan dengan rekod kutipan sebanyak NT$40mil (RM6.5 juta).

Tidak sangka dengan khabar berita mengejutkan tersebut, Ong mengakui telah mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak penayangan filem di Taiwan.

“Saya menangis kerana tiga hari pertama tayangan filem ini pun kami berjaya meraih RM2.2 juta. Semasa di Taiwan saya juga menangis selepas mendapat berita itu. Semua filem Malaysia yang pernah ditayangkan di Taiwan terdahulu masih tiada rekod ini.

“Sebenarnya saya juga takut untuk tayangkan Abang Adik di Taiwan kerana ia mungkin jadi seperti filem-filem lain sebelum ini. Tapi sejak ditayangkan, ia sering diperkatakan penonton di sana,” katanya ketika sesi tayangan filem berkenaan.



Sinopsis Filem Abang Adik

‘Abang Adik’ menceritakan kisah dua orang lelaki tanpa dokumen mengharungi kehidupan miskin di Malaysia. Filem tersebut juga menggambarkan realiti kehidupan di sebuah sudut tersembunyi di ibu kota, Kuala Lumpur.

Kedua-dua watak anak yatim dilakonkan oleh Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren itu tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu sebuah kawasan yang terkenal dengan pasar basah.




Sumber:

https://www.therakyatpost.com

Mereka berdua turut dibesarkan tanpa keluarga di bawah jagaan jiran mereka, Kakak Money (Tan Kim Wang), yang menganggap mereka sebagai anak kandung bagi memastikan kelangsungan kehidupan dua anak yatim tersebut.

Kepada kaki filem, jangan lepaskan peluang untuk menonton ‘Abang Adik’ yang akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 14 Disember ini.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top