Seperti kita sedia maklum, tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal tamat tak lama lagi iaitu pada 30 Januari 2024.
Meskipun begitu, Agong yang berjiwa rakyat ni amat disenangi oleh semua orang kerana sifat peramahnya terhadap rakyat jelata biarpun memegang jawatan tertinggi di Malaysia.
Macam baru-baru ni, Agong bersama permaisurinya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk menjadi pembaca berita dalam segmen khas Buletin Diraja di sebuah stesen TV.
Segmen yang dinamakan sebagai ‘Buletin Diraja’ ini telah ditayangkan pada malam semalam (17 Januari 2024), sebagai slot khas sebelum memberi laluan kepada siaran Buletin Utama di TV3.
Walaupun pertama kali baca berita, gelagat baginda berdua amat menghiburkan rakyat dan kelihatan sangat comel!
Jom tengok video penuh YDPA Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membaca berita Buletin Diraja:
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.