Biodata pelakon Ezzanie Jasny

 


Ezzanie Jasny atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Selesa dipanggil dengan nama sapaan Ezzanie, beliau membawa perwatakan yang ceria, mudah bergaul dan happy go lucky. Dari segi perpakaian, beliau seorang yang simple dan trendy

Biodata Ezzanie Jasny

Nama penuh: Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny
Tarikh lahir: 8 November 1999 (umur 25)
Pendidikan: KDU University College (Bidang Perniagaan) 
Kerjaya: Pelakon, Model & Usahawan
Tahun aktif: 2021–kini

Instagram: @ezzaniejasny

Mula memasuki bidang perniagaan secara sambilan yang dilaksanakannya secara dalam talian, sejurus sahaja selepas tamat persekolahan. Beliau juga memiliki jenama perniagaan produk sendiri berkaitan dengan barangan kosmetik. 

Sebelum memasuki dunia lakonan, dia memulakan kerjayanya sebagai model.

Penglibatannya dalam dunia peragaan melibatkan dia sebagai model untuk produk-produk jenama mega seperti Fashion Valet, Jakel, Uniqlo, Tudung People, Leeyanarahman dan Tudung Ruffle. Di samping itu, dia turut muncul dalam iklan komersial seperti Agnesia dan Seng Heng.

Namun, disebabkan rasa bosan untuk menumpukan kepada satu pekerjaan, dia mengubah hala tuju dengan turut menguji bakatnya secara perlahan- lahan merentangkan sayap ke bidang lakonan.

Permulaan kariernya adalah sebagai pelakon ekstra yang hanya muncul lalu-lalang di hadapan kamera, sebelum diamanahkan untuk menghayati watak dengan nama dan dialog.

Beliau mula melibatkan diri di dalam bidang lakonan sebagai pelakon ekstra menerusi drama Cinta Nan Grata pada tahun 2019. Kemudiannya, beliau membintangi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Primadona Makyung Bedah sebagai pelakon pembantu. Beliau seterusnya ditawarkan menjadi pelakon utama di samping Fadlan Hazim dan Ruhainies menerusi drama Sayang Tak Dikenang arahan Feroz Kader.





Kerjaya

Filemografi

Drama

  • Drama pertama (2021)
Kekasih Hati Mr Bodyguard Lola TV3
 
2022
  • Primadona Makyung Bedah (Suria, TV2) 
  • Sayang Tak Dikenang (Hattin, Isabella, TV3) 
2023

I Love You, Stupid (Iris, Viu Drama Web) 

2024

Layang Layang Perkahwinan (Saida, Astro Ria) 

Telefilem

Telefilem pertama
  • 2023 Baby-Sita (Liza Astro Warna) 



Sumber:



















0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top