Cara nak bangun solat tahajud

 


"Bagaimana saya nak solat tahajjud?" 


1- Tahajjud bererti meninggalkan tidur. Ini berasal dari ayat فتهجد به dari ayat 79 surah al-Isra'. Dari sudut istilah bererti solat sunat yang dilakukan waktu malam selepas tidur


2- Hukum melakukan tahajjud adalah sunat muakkad kepada kita 


3- Cara untuk solat tahajjud adalah seperti solat sunat 2 rakaat, cuma niatnya adalah niat tahajjud. Adapun LAFAZ NIAT nya adalah : 


أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَينِ لِلهِ تَعَالَى


"Aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah taala"


4- Adapun surah selepas kita membaca surah al-Fatihah adalah bebas kepada kita, tidak ada ketetapan yang wajib 


5- Begitu juga dengan aturan solat sunat yang lain, terpulang bagi kita untuk buat solat taubat dahulu, tahajjud dahulu, hajat dahulu, ini tiada ketetapan yang wajib


6- Berlainan dengan witir, utama untuk kita kemudiankan. Adapun jika kita dahulukan, tidaklah haram. Ini berdasarkan hadith : 


اجعلوا آخر صلاتكم بالليل وترا 


"Jadikan solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam" (HR Bukhari)


7- Rakaat bagi solat tahajjud adalah bebas, iaitu dilakukan secara 2 rakaat demi 2 rakaat. Adapun witir, sekurangnya adalah satu rakat, tetapi yang sempurna adalah 3 rakaat (2 rakaat + 1 rakaat - dua kali salam) 


8- Adakah boleh untuk lakukan solat tahajjud walau tidak tidur? Pandangan muktamad dalam mazhab adalah solat tahajjud dilakukan selepas tidur (rujuk Hasyiah Bujairimi) Namun begitu, tidaklah menjadi wajib untuk tidur bahkan tidaklah gugur pahala jika dilakukan tanpa tidur kerana ganjaran pahalanya sangat banyak


9- Aturcara solat adalah : 


- takbiratul ihram berserta lintasan niat 

- membaca surah

al-Fatihah 

- membaca sebarang surah 

- ruku' 

- i'tidal 

- sujud 

- duduk antara dua sujud 

- sujud

- bangun untuk rakaat kedua 

- membaca surah al-Fatihah

- membaca sebarang surah 

- ruku' 

- i'tidal 

- sujud 

- duduk antara dua sujud 

- sujud

- tahiyyat akhir 

- ucapkan salam 

- membaca doa (sunat) 


10 - Faktor yang memudahkan kita untuk tahajjud : 


- tidak makan secara terlalu banyak 

- tidak terlalu letih pada siang hari 

- qailulah (tidur sebentar sebelum zohor)

- tidur awal 


11- Adakah benar dakwaan bahawa orang yang sukar bangun malam untuk tahajjud itu petanda bahawa Allah tidak mahu bertemu dengannya? Tiada dakwaan atau dalil yang menyatakan sedemikian. Maka sebaiknya kita tidak membuat sebarang dakwaan terhadap perkara yang tidak dinyatakan dalam nas.


Wallahu a'lam. #FawaidFiqh


Sumber: Telegram The Garden Of Al-Quran 


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top