Apa itu Khunsa? Review Drama Khunsa yang cetus fenomena

Dilahirkan khunsa, dia dipaksa membesar sebagai lelaki, hidup Che Khun sengsara. 😖


Maksud Khunsa (menurut kamus dewan) 

Sumber DBP

Khunsa menurut islam

Fiqh Islam membahagikan khunsa kepada dua keadaan, pertama, khunsa wadih dan khunsa musykil.

Khunsa wadih adalah seseorang yang mempunyai dua alat kelamin (zakar dan faraj) dan bagi sesetengah khunsa, salah satu alat kelamin berkenaan berfungsi.

Sebaliknya, khunsa musykil adalah seseorang yang tidak dapat ditentukan jantinanya kerana kedua-dua alat kelamin yang ada tidak nampak jelas berfungsi.

Keadaan khunsa kedua pula adalah apabila seseorang itu tidak langsung mempunyai alat kelamin, sebaliknya hanya mempunyai sekadar lubang untuk kencing.


Penentuan Jantina Khunsa dalam islam

Imam al-Baihaqi di dalam Kitab Sunan Al-Baihaqi meriwayatkan: Hussin Bin Kathir mendengar daripada bapanya yang menyatakan bahawa: “Aku melihat Saidina Ali dalam menentukan jantina khunsa, di mana beliau berkata: Lihatlah kepada jalan keluarnya air kencing, maka ditentukan jantinanya daripada itu.”

Dalam satu riwayat lain, Ali RA berkata: “Sekiranya air kencing itu keluar melalui zakarnya, maka dia adalah lelaki. Dan sekiranya ia keluar dari faraj (kemaluan), maka ia adalah perempuan.”

Sumber: https://www.yadim.com.my/v2/kedudukan-khunsa-dalam-islam/


Sinopsis Drama Khunsa

Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki. 

Namun, Che Khun membesar dan cemderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah. 

Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk. Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menentukan jantinanya secara membabi buta.


OST Drama Khunsa:

- Sandera (Mila Jirin) [Muzik Video

- Kertas (Noryn Aziz) [Muzik Video

- Perayu (Hael Husaini) [Muzik Video

- Tentang Dirimu (Hazim Adnan) 

(Komposer semua OST: Amylea Azizan) 


KHUN:SA

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 11 Mac 2024

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 9:00 malam

Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, Sooka

Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin

Pengarah: Shahrulezad Mohameddin

Produksi: Radiusone Sdn Bhd


Azhan Rani sebagai Wan Jusoh


Watak Pelakon Khun:Sa

Mikael Noah sebagai Che Kun

Mhia Firdaus sebagai Che Khun

Amalina Arham sebagai Che Nisa

Nadia Aqilah sebagai Che Munah

Farah Ahmad sebagai Che Nisa

Azhan Rani sebagai Wan Mat Jusoh

Sherry Alhadad sebagai Zaiton

Laila Nasir sebagai Long Hawa

Rafique Iskandar sebagai Che Kun

Qaseh Izwandy sebagai Che Timah

Ranea Salsabilla sebagai Che Midah

Hawra Jamalullail sebagai Che Ani

Jannah Izwandy sebagai Che Timah

Kiky Hannah sebagai Che Ani

Adriana Alyssa sebagai Che Midah

Dina Allysha sebagai Che Ani

Zizi Hazirah sebagai Che Midah

Ayu Ayuni sebagai Che Timah

Zarina Zainoordin sebagai Sarimah

Ezuriani Hashim sebagai Cik Tuyah

Danny Soda sebagai Marzuki

Megat Shahrizal sebagai Shahrulezad

Zarif Ghaz sebagai Naem


Ulasan & review saya terhadap drama Khunsa

Perkara utama dalam semua karya Shahrulezad adalah ketelitian beliau. Sangat detail dan hampir cuba memberi terbaik (ya, manusia tak sempurna) - namun kita nampak bagaimana beliau cuba menampilkan vibes latar masa dulu-dulu dengan segenap makeup, pakaian dan gaya hidup. Flashback terhadap watak Wan Jusoh, Che Ton serta anak-anak begitu menjadi dan real. Nampak macam sebenar. Sampai ya vibesnya. Belum lagi sinematografinya yang cantik. Itu sangat prove berbanding drama-drama beliau terdahulu. Malah jalan cerita juga menarik, ada masa mendebarkan dan begitu mengujakan (walaupun kadangkala terlalu slow dan throwback mampu buat meleret) keseluruhan masih baik. 

Kemudian, pemilihan pelakon. Lihat bagaimana watak anak-anak kecil; Che Kun, Along, Angah, Ude serta Naem dan watak Budak Ejad sendiri ditampilkan dengan begitu bersahaja. Hampir semuanya pandai berlakon dan nampak macam tak berlakon. Malah pertukaran watak pun semua masih hebat berlakon ya penganti seterusnya (ada 5 perkembangan watak semuanya). Bijak menghayati watak dan sesuai dengan wataknya. Kepada team, tahniah saya ucapkan. 

Seterusnya skrip dan jalan cerita. Bagaimana Shahrulezad dan team Drama Khunsa cuba mendidik penonton dan lari daripada streotaip pandangan orang terhadap drama ini. Bukan nak menormalisasikan perkara yang sedia tak disenangi Tuhan, namun untuk beri kesedaran dalam agama wujudnya jantina ketiga ini sejak dari lahir dan semulajadi. Adegan perbincangan kru dan team penyiar itu walaupun ada part kelakar namun sangat realistik dengan situasi netizen dan produksi masa kini. Tahniah diucapkan atas usaha mendidik itu. 

Drama yang boleh ditonton secara sah di Astro, aplikasi Astro On The Go dan Sooka ini boleh ditonton setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam. Ada ulangan waktu sahur dan secara marathon pada hujung minggu. 

Kita nantikan dialog catchy dan kadangkala funny di atas landskap cerita yang serius dan kadangkala menyayat hati ini. Moga kita ambil pengajaran untuk buat keputusan bukan sebab nafsu dan keinginan semata terutama sebagai ibu bapa. Namun biarlah sebagai orang yang berilmu dan buat sesuatu penuh rasa cinta dan tanggungjawab. Kita perlu bertanggungjawab atas pilihan terutama jika melibatkan orang sekeliling kita. Siapa tahu sebenarnya kesannya bukan sedikit. 

Moga banyak lagi drama berani, mendidik dan luar kotak serta kreatif begini. Harap Shahrulezad tak buat drama masa Ramasan sahaja. Namun untuk semua struggle, kelemahan beliau, kita ucapkan tahniah untuk kelebihan dan sikap tidak putus asanya. Tahniah juga buat Astro dan team RadiusOne untuk naskah ini. 

Sekian review dan ulangan ringkas saya (Anem Arnamee) berkaitan Drama Khunsa. 



Sumber info lain: https://www.myinfotaip.com/2023/12/khunsa.html#google_vignette


(+) Sebuah lagi drama menarik daripada Radiusone setiap 6 petang Isnin Hingga Jumaat Ramadan ini di siaran sama (Astro 104) - Malang Si Puteri




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top