Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Panduan produk kesihatan


[SHARE] PANDUAN KEPADA SELEBRITI DALAM PENGIKLANAN PRODUK KESIHATAN

1️⃣PASTIKAN UBAT yang diiklankan/dipromosikan adalah BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.


Contoh: 

✅MAL20011234T (Ubat)

✅NOT123456789K (Kosmetik)


2️⃣Sekiranya mengiklankan ubat, PASTIKAN HANYA mengiklankan ubat berdaftar (mempunyai nombor 

pendaftaran MAL) yang dikategorikan sebagai produk:


✅Over-The-Counter (OTC): nombor MAL diakhiri huruf X 

✅Tradisional: nombor MAL diakhiri huruf T

✅Suplemen kesihatan:nombor MAL diakhiri huruf N


3️⃣Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH diiklankan. Ubat preskripsi (nombor MAL diakhiri 

huruf A) hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.


4️⃣Pengiklanan yang menjurus kepada rawatan dan pencegahan selain daripada penyakit/keadaan 

yang dilarang perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).


5️⃣ELAKKAN mengambil bahagian dalam penyiaran iklan produk kesihatan (contohnya sebagai duta / 

agen / jurucakap) yang melanggar mana-mana akta yang dikuatkuasakan.


6️⃣JANGAN menyiarkan/mempromosikan iklan makanan yang membuat tuntutan perubatan (melanggar Akta Makanan 1983). Surat pengkelasan produk BUKANLAH satu kelulusan daripada 

KKM.


Contoh yang tidak dibenarkan:

❎Minuman A boleh merawat kencing manis dan darah tinggi

❎Jus botanik B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi dan merawat arthritis

❎Minuman pra-campuran C berupaya mengurangkan bengkak prostat


7️⃣JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan makanan yang mengandungi ‘negative list’ 

melainkan ia telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.


Contoh produk yang dimakan mengandungi:

✅Glutathione

✅Pearl

✅Gamat

✅Resveratrol

✅Bahan negatif lain. 


8️⃣JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan kosmetik yang membuat tuntutan 

perubatan (bertentangan dengan Kod Pengiklanan Kosmetik). Tuntutan dalam skop kosmetik 

sahaja dibenarkan.


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Losyen A boleh merawat eczema dan psoriasis

❎Minyak B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi

❎Losyen C boleh digunakan untuk menguruskan badan

❎Krim D digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual


9️⃣JANGAN mengaitkan produk dengan makanan Sunnah atau yang berkaitan dengannya 

(bertentangan dengan Pekeliling Jakim Bil 2 Tahun 2016 – Ayat Ruqyah & Makanan Sunnah)


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Produk A dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran

❎Produk B adalah makanan sunnah


🔟JANGAN membuat tuntutan/ kenyataan yang mengelirukan pengguna (bertentangan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999)


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Produk A disahkan halal (melainkan mempunyai sijil Halal yang masih sah)

❎Produk B dibuat daripada bahan-bahan organik (melainkan mempunyai dokumen sokongan 

mengesahkan sumber dari bahan organik)

❎Produk C boleh diambil oleh semua peringkat umur termasuklah bayi dan kanak-kanak kecil 

(melainkan mempunyai dokumen sokongan mengesahkan keselamatan untuk penggunaan 

kanak-kanak)

❎Produk D jika diambil oleh orang dewasa boleh menambah ketinggian (kenyataan mengelirukan 

kerana ketinggian orang dewasa tidak boleh bertambah)


⭐TAMBAHAN BUAT SELEBRITI⭐

 

1️⃣Selebriti dinasihatkan supaya sebelum dilantik menjadi duta / agen, selidik latar belakang syarikat 

sekiranya pernah disabitkan dengan mana-mana tindakan undang-undang sebelum ini.


2️⃣Selebriti juga dinasihatkan agar semak laman web rasmi syarikat/media sosial rasmi syarikat 

sekiranya ada membuat pengiklanan yangmelanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.


3️⃣Selebriti dinasihatkan agar membuat pengiklanan secara profesional, bertanggungjawab dan tidak 

mencipta kontroversi samada yang menyinggung mana-mana kumpulan bangsa, agama dan kaum 

dengan mengambil kira sensitiviti adat dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.


⚖️HUKUMAN⚖️


Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penyiaran sesuatu iklan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Ubat 

(Iklan & Penjualan 1956):


✅Kesalahan pertama - Denda tidak lebih RM 3000 atau dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.


✅Kesalahan berikutnya - Denda tidak lebih RM 5000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.




*Boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyiaran sama ada pemilik produk, duta, agen, pengacara, media penyiaran, agensi pengiklanan dan lain-lain yang berkaitan.


Sumber:

https://m.facebook.com/






0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top