Cara tebus baucar buku RM100 & Apa itu Delima?


DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru. 


--1

DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet. 

Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. 


--2

Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.


--3

Akses pelantara DELIMa dengan beberapa langkah mudah berikut:


1. Pastikan peranti mempunyai capaian internet

2. Layari d2.delima.edu.my

3. Log masuk dengan menggunakan ID yang dibekalkan oleh pihak sekolah


Terokai sekarang!


Sumber:

https://x.com/FadhlinaSiddiq/


Terkini (31 Mei 2024) - 



Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.

Menurutnya, pemberian baucar itu akan dimulakan dengan pelajar Tahun Empat, pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, kolej dan pelajar di Institut Pendidikan Guru. 

Hari ini, Menteri Pendidikan (YB Puan Fadhlina Binti Sidek) memaklumkan Murid dan pelajar boleh mula menebus baucar buku yang bernilai hingga RM100 melalui aplikasi DELIMa Kementerian Pendidikan (KPM) mulai jam 2 petang ini.



CARA TEBUS BAUCAR BUKU RM100 

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.

2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.

4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check- out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. 

6. Proses selesai.



Sumber:

KPM

Dan

 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1253456/pelajar-boleh-mula-tebus-baucar-buku-melalui-aplikasi-delima-kpm



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top