Selamat jalan, Pak Jokpin.


Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Saya terkejut dan bersedih. Selamat berpulang, Pak Jokpin - Penyair terkenal Indonesia (11 Mei 1962 – 27 April 2024).

Saya ingat lagi, saya pernah berterima kasih kerana kesudiannya membalas komentar dan mesej saya. Katanya - dia yang harus berterima kasih kerana saya sudi membeli karyanya. Terima kasih untuk semua puisi dan kebaikanmu, Pak Joko Pinurbo.


Di twitter

Di Instagram


Sentiasa menjadi kebanggaan saya apabila beliau follow back di IG & twitter orang yang tulis puisi pun tak pandai macam saya ini. Mampu merepek sahaja. Ingat balik, malu. Saya tetap takat itu. Bila beliau dah tak ada, hakikatnya saya tak boleh sorok saya sentiasa terharu & berterima kasih.


Salam takziah buat keluarga dan peminat karyanya. Kami akan sambung ibadah puisimu, Pak. 🥀



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top