Cara mohon subsidi diesel BUDI MADANI kenderaan persendirian dan syarikat


Permohonan Kelulusan Pembelian Diesel Bersubsidi Menggunakan ‘Multiple Fleetcard’ bagi permohonan baru, tambahan kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web berikut:

- https://mysubsidi.kpdn.gov.my/login

Untuk membuat semakan kenderaan anda layak atau tidak, klik pautan di bawah:

- https://mysubsidi.kpdn.gov.my/portal/check_vehicle




Pertama sekali. Apa itu fleet card? 

Fleet Card Diesel adalah sebuah sistem subsidi diesel yang telah ditambah baik untuk memastikan kenderaan yang layak mendapat subsidi boleh dipantau dari segi penggunaan diesel dan mengelakkan berlakunya ketirisan.

Dengan menggunakan kaedah Fleet Card Diesel, kerajaan mampu untuk mengesan individu yang layak untuk memakainya dan menghindari dari penjuaan diesel secara haram di kilang-kilang seperti yang berlaku hari ini.


Seterusnya cara memohon:

PENDAFTARAN BAHARU


Pemohon boleh membuat pendaftaran baharu sekiranya belum mempunyai akaun  di dalam sistem MySubsidi Diesel.

a) Pendaftaran Individu

i) Klik butang Individu untuk mendaftar sebagai Individu

ii) Isi Maklumat Pemohon dan klik butang Hantar untuk mendaftar sebagai Individu


*****

Untuk Syarikat:

Klik butang Syarikat untuk mendaftar sebagai Syarikat

ii) Isi maklumat syarikat

iii)Isi maklumat wakit syarikat dan klik butang Hantar untuk pendaftaran sebagai Syarikat

Jika sudah, dan dapat emel, boleh log masuk

*****


Log In dan Mohon

Pemohon boleh log masuk ke dalam sistem menggunakan No. Kad Pengenalan (individu) atau No. Pendaftaran Syarikat (SSM/PBT) seperti yang telah di daftarkan di dalam sistem dan masukkan kata laluan yang telah di daftarkan.

i. Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Pendaftaran Syarikat (SSM/PBT)

ii. Masukkan Kata laluan yang telah didaftarkan

iii. Klik butang Log Masuk untuk log masuk dalam sistem


Kemudian isi borang yang disediakan klik Simpan & Seterusnya, buat semakan, kemudian tandakan pada perakuan dan Hantar jika selesai. 


*****


Jika mahu menggunakan terus laman web Budi Madani:

INDIVIDU

Permohonan BUDI Individu adalah terhad secara dalam talian melalui portal rasmiB UDI Individu di https://budimadani.gov.my dengan kaedah berikut:


a. Mendaftar akaun pengguna

b. Klik pada menu Permohonan Baharu > Pemilikan Kenderaan (Diesel) Individu

c. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:


(1) No. Mykad

(2) No. Telefon Bimbit

(3) Nama Bank

(4) No. Akaun Bank

(5) Alamat e-mel


d. Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:


(1) Nombor Pendaftaran Kenderaan

(2) Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor

(3) Jenama / Model Kenderaan

(4) Kelas Kegunaan Kenderaan


8. Berapa lamakah tempoh proses tersebut sebelum mendapat kelayakan?


Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) pemohon.


Untuk Budi Madani Agri-Komoditi

- Petani dan pekebun kecil boleh buat semakan dan permohonan di sini - https://budimadani.gov.my/Account/Login.aspx



Untuk tutorial penuh:

- Manual pengguna tutorial cara memohon subsidi diesel 





Sumber lain:

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top