Johan Qari dan Qariah Kebangsaan MTHQK 2024

Pada 23 hingga 28 Mei 2024 lalu telah berlangsungnya Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) untuk tahun 1445H di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah, Negeri Pahang. Berikut adalah keputusan para pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat:- pihak penaja, penganjur dan semua yang mengambil bahagian. Moga diberkati. 


KATEGORI TILAWAH

JOHAN QARI KEBANGSAAN

Sekalung Tahniah kepada Saudara Mohamad Husaini bin Mahmur yang mewakili Negeri Sembilan kerana telah dinobatkan JOHAN QARI sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2024M.

Beliau akan bertanding di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia.


JOHAN QARIAH KEBANGSAAN

Sekalung Tahniah kepada Saudari Nor Hidayah binti Abd Rahman, Johan Menunggu (wakil Terengganu) kerana telah dinobatkan JOHAN QARIAH sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2024M.

Beliau akan bertanding di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia.


#TIL

Johan menunggu adalah gelaran bagi peserta yang memenangi tilawah pada tahun sebelumnya dan bertanding pada tahun semasa.

Kelak jika beliau dapat jadi johan di majlis tilawah antarabangsa (Insya-Allah), dah tak boleh wakil negeri dalam #MTHQK.


Kategori HAFAZAN

Sekalung Tahniah

Saudara Muhammad Rifae'i Bin Mat Zuki (Kedah)

Johan (Hafiz) Tahap 1-30 Juzuk

Saudari Putri Aminah Binti Mohd Hanif (Kelantan)

Johan (Hafizah) Tahap 1-30 Juzuk

Kedua-dua johan akan bertanding di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia. Syabas dan tahniah.




Lain-lain pemenang. Tahniah diucapkan. 





Sumber:

https://x.com/MyJAKIM?s=09








0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top