Lirik lagu Ke Akhirnya - Fimie Don ft Heidi Moru




Masih ingatkah saat aku dalam dakapanmu

Sejuk badanku diselimuti darah suammu

Masih ingatkah setiap minitku laungkan merdu

Layu badanku dibelai tangan yang lesu


Masih ingatkah berjam-jam kau

Sorak seperti peminat setia

Langkah pertama ku buat kau

Bangga seperti ku di pentas dunia


Masih ingatkah hari pertama ku ke sekolah

Harapan tinggi walau ku masih di sekolah rendah

Masih ingatkan awal bulan kan ada kejutan

Kau buat aku rasa lengkap walau kau bukan jutawan


Masih ingatkah setiap ulang tahunku

Ku dihadiahkan dengan kehadiranmu

Akan ku ingat hingga ke akhir hayatku

Yang kau hidup di dalam kerjaku hidupku matiku kau laguku


Kau yang pertama kedua ketiga ke akhirnya

Sorakkan untuk ku kerana hanya sorak kau yang bermakna

Kau yang pertama kedua ketiga ke akhirnya

Sorakkan untuk ku kerana sorak kau bermakna


Bukan menayang tapi mama panggil sayang

Dah besar panjang nanti jangan jadi layang layang

Aku kata itu pasti tapi aku mungkir janji

4.1kg aku terhutang budi

Mama kata tadah tangan bang bukan tadah dosa

Mama kata mama janji bang mama takkan lupa

Mama sebut nama bila mama jejak syurga

Mama manusia jelita kekasih mulia


Mama jadi lilin bakar diri

Agar aku dapat belajar jadi berdikari

Mama pertama kedua ketiga keakhirnya

Jika aku mampu ku hadiahkan dunia


Kau yang pertama kedua ketiga ke akhirnya

Sorakkan untuk ku kerana hanya sorak kau yang bermakna

Kau yang pertama kedua ketiga ke akhirnya

Sorakkan untuk ku kerana sorak kau bermakna


Mama

Abang minta maaf abang pernah khilaf

Dan abang janji dekat mama yang abang

Tidak akan buat silap yang sama

Jadi kalau abang buat mama ambil abang punya nyawa okay


Keakhirnya

Dan ku janji ku akan setia

Lihat dunia macam neraka

Tapi kerana mama kita jumpa di syurga


Keakhirnya

Dan ku janji ku akan setia

Lihat dunia macam neraka

Tapi kerana mama kita jumpa di syurga


Kau yang pertama kedua ketiga ke akhirnya

Sorakkan untuk ku kerana hanya sorak kau yang bermakna

Kau yang pertama kedua ketiga ke akhirnya

Sorakkan untuk ku kerana sorak kau bermakna


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top