HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB 2025







HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB 2025

========

SYARAT-SYARAT HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB

1) Terbuka kepada semua peringkat umur, bangsa, dan kerakyatan (Malaysia atau di luar Malaysia)

2) SETIAP PENYERTAAN mestilah terdiri daripada manuskrip dengan MINIMA 50 buah puisi dengan syarat berikut::

2.1--> Panjang, bilangan baris, tema, dan bentuk puisi adalah BEBAS

2.2--> Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan atau campuran bahasa asing dibenarkan secara berpada-pada, rasional, dan terkawal, selagi masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai teras utamanya.

2.3--> Dibenarkan MAKSIMUM 25 buah puisi yang pernah tersiar di media cetak/majalah elektronik untuk dimuatkan di dalam manuskrip (tidak wajib / tiada had minima).

2.4--> Puisi-puisi yang tersiar di internet/media sosial dibenarkan untuk dimuatkan dalam manuskrip dengan syarat ia diprivasi atau digugurkan siaran selepas penghantaran penyertaan. Jika karya tersebut disiarkan di laman / platform yang tak dapat digugurkan (seperti majalah digital dsb), syarat 2.3 terpakai.

3) Setiap manuskrip / penyertaan WAJIB diberikan judul

4) Seorang peserta bebas menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap puisi HANYA layak dimuatkan dalam SATU MANUSKRIP sahaja. 

5) Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan file MICROSOFT WORD sahaja. Penggunaan file lain (PDF, JPEG, Notepad dan sebagainya) automatik akan ditolak

6) Kesemua puisi perlu dikumpulkan (kompilasikan) dalam SATU file Microsoft word sahaja.

7) Hanya SATU penyertaan atau manuskrip

boleh dihantar dengan mengguna SATU

kiriman emel. Jika peserta ingin menghantar

lebih daripada satu manuskrip/penyertaan,

jangan hantar sekaligus di bawah satu tajuk 

kiriman emel, sebaliknya emelkan satu per

satu. Ini untuk memudahkan pengasingan

(sorting) oleh urusetia

8) Sertakan dalam emel anda butiran berikut:

**Nama

**Nama pena (jika ada)

**No kad pengenalan

**No telefon dan whatsapp

**Alamat surat-menyurat

(Pastikan maklumat ini sahih) 


i. Kegagalan untuk dihubungi boleh

menyebabkan penyertaan dibatalkan -

walaupun terpilih sebagai pemenang)

9) Emelkan manuskrip puisi anda ke :

hadiahpuisi2025@gmail.com

hadiahpuisi2025@gmail.com

hadiahpuisi2025@gmail.com

hadiahpuisi2025@gmail.com

10) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1

NOVEMBER 2024

11) Tiada tolak ansur terhadap karya plagiat

12) Sebarang keputusan adalah hak mutlak

penganjur. Penganjur berhak mengubah,

membatal, atau menarik balik sebarang

penyertaan / kemenangan yang tidak menepati

syarat atau keperluan penganjur. Penganjur

juga berhak mengubah sebarang syarat Hadiah

Puisi T. Alias Taib mengikut kesesuaian dan

keperluan.

13) Sebarang pertanyaan boleh hubungi emel,

messenger, atau WhatsApp ke 018-2882019

(Cik Kathy).



HADIAH DAN PENILAIAN


Terdapat 2 KATEGORI pemenang yang akan

diberikan hadiah

1) HADIAH UTAMA

Karya yang berjaya melepasi saringan akhir

serta terpilih sebagai terbaik di antara finalis.

Tiada had maksima jumlah pemenang.

Hadiah berupa awalan royalti sebanyak

RM1000 (minima), trofi, serta tawaran

penerbitan karya di bawah Penerbitan

KataPilar / Tukang Puisi

2) HADIAH FINALIS

Karya-karya yang berjaya melepasi saringan

akhir.

• Minima seorang pemenang. Tiada had

maksima jumlah pemenang.


Hadiah berupa awalan royalti sebanyak

RM500 (minima), trofi, serta tawaran

penerbitan karya di bawah Penerbitan

KataPilar / Tukang Puisi. 


PENERBITAN

1) Karya pemenang Finalis dan dan Hadiah

Utama akan dipertimbang untuk diterbitkan di

bawah Penerbitan KataPilar / Tukang Puisi

2) Pihak penganjur dan editorial KataPilar /

Tukang Puisi berhak menyunting, menyarankan

penyuntingan, atau sebarang pengubahsuaian

yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan

menyesuaikan konsep, konsistensi, serta

menjaga kualiti karya. Hal ini bermaksud buku

yang diterbitkan tidak semestinya tepat seperti

manuskrip penyertaan yang asal.

Selamat membaca dan mengarang.

Mohon war-warkan kepada semua.

Terima kasih.


Sumber:

https://www.facebook.com/share/p/BaXtQKmXXonWeeP3/?mibextid=xfxF2i

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top