Hapuskan segala rasa
Dendam di antara kita
Hindarlah, amarah bersama
Maafkan segala sisa
Lidah yang berkata-kata
Tak tentu arahnya ke mana
Siapakah kita sebenar?
Pernahkah kau bertanya
Layakkah kita semua
Hukum sesama kita
Bukankah, kau dan aku
Hanyalah manusia?
Lepaskan, dengan seikhlasnya
Kau dan aku pasti merasa
Setenang-tenangnya
Lepaskan, dengan seikhlasnya
Kau dan aku pasti merasa
Setenang-tenangnya
Ada yang masih jaga
Ada yang masih lena
Harungi semua tanpa rasa kecewa
Simpan di dalam dada terus berusaha!
Hari esok akan tiba kita bangkit semula!
Tak perlu dirobek mahu cari ikhlasnya
Tak perlu dibalas jika ada dendamnya
Oh lepaskan semua biar rasa lega
Biar nanti kita merasa, tenteramnya
Siapa (siapa?) kah kita sebenar?
Pernahkah kau bertanya
Layakkah (oh layakkah) kita semua
Hukum sesama kita
Bukankah, (bukankah)
Kau dan aku (kau dan aku yey)
Hanyalah manusia?
Lepaskan dengan seikhlasnya
Kau dan aku pasti merasa
Setenang-tenangnya
Lepaskan dengan seikhlasnya
Kau dan aku pasti merasa
Setenang-tenangnya
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.