Cuti bertindih 16 September: Maulidur Rasul & Hari Malaysia


Bila tengok balik kalendar, kita akan perasan 16 September ini ada dua cuti umum (kelepasan am bertindih) sama tarikh iaitu Maulidur Rasul & Hari Malaysia dan ia jatuh pada hari Isnin. 

Bagaimana dikira cuti? Akan dibawa atau ganti ke hari Selasa ke? Jawapannya:

SEKTOR KERAJAAN

Untuk sektor kerajaan dan badan berkanun:

16hb cuti umum dan TIADA cuti umum gantian pada 17hb.

Ini kerana mengikut Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) tidak memperuntukkan cuti gantian automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama. 



SEKTOR SWASTA

16hb cuti umum manakala 17hb cuti umum gantian.

Walau bagaimanapun, untuk SEKTOR SWASTA, bagi majikan yang mengambil cuti Maulid Nabi ﷺ, cuti carry forward pada 17 September 2024 hendaklah diberikan kepada pekerja.

Rujuk seksyen 60D proviso (ii) Akta Kerja 1955.


Sumber: 

https://x.com/ZackAvaricious/

https://www.kabinet.gov.my/bkpp/

https://x.com/ZackAvaricious/status/1794995798318674222?s=19






1 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top