Sayembara Penulisan Kreatif DBP 2024

Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif DBP. Ayuh, serlahkan bakat menulis anda menerusi empat kategori yang akan dipertandingkan.

• Kategori Novel

• Kategori Drama Pentas

• Kategori Kumpulan Puisi 

• Kategori Kumpulan Cerpen.


Sayembara penulisan kali ini terbahagi kepada empat kategori, iaitu novel, kumpulan puisi, drama pentas, dan kumpulan cerpen.


Senarai hadiah mengikut kategori dan syarat-syaratnya adalah seperti yang berikut:


(a) Kategori Novel (Wang Tunai dan Sijil Penghargaan)


Tempat Pertama: RM30 000

Tempat Kedua: RM15 000

Tempat Ketiga: RM10 000

Sagu Hati: RM3000 x Tiga Penerima


(b) Kategori Kumpulan Puisi (Wang Tunai dan Sijil Penghargaan)


Tempat Pertama: RM30 000

Tempat Kedua: RM15 000

Tempat Ketiga: RM10 000

Sagu Hati: RM3000 x Tiga Penerima


(c) Kategori Drama Pentas (Wang Tunai dan Sijil Penghargaan)


Tempat Pertama: RM30 000

Tempat Kedua: RM15 000 

Tempat Ketiga: RM10 000

Sagu Hati: RM3000 x Tiga Penerima


(d) Kategori Kumpulan Cerpen (Wang Tunai dan Sijil Penghargaan)


Tempat Pertama: RM30 000

Tempat Kedua: RM15 000 

Tempat Ketiga: RM10 000

Sagu Hati: RM3000 x Tiga Penerima


Syarat-syarat penyertaan:


  • Karya yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan. Karya yang dihasilkan tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti sentimen perkauman dan agama, hasutan, penyelewengan akidah dan mengganggu ketenteraman awam. 


  • Karya yang dihantar mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian bahawa karya itu bukan karya asli dan belum pernah tersiar atau diterbitkan oleh mana-mana pihak. Setiap karya yang dihantar tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan.


  • Karya yang dihantar hendaklah diterima oleh urus setia sayembara pada atau sebelum 31 Disember 2024 bagi kategori Kumpulan Puisi, Drama Pentas dan Kumpulan Cerpen, manakala bagi kategori Novel, karya yang dihantar hendaklah diterima oleh urus setia sayembara pada atau sebelum 31 Mac 2025.


Hantarkan karya melalui e-mel:

bpidbp2022@gmail.com

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:


Urus Setia Sayembara Penulisan Kreatif,

Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,

Dewan Bahasa dan Pustaka, 

Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 

50460 Kuala Lumpur.


(a) Puan Ana binti Mohamad Bess (03-21479124)

(b) Puan Rabi’ahtuladawyah binti Md. Saleh (03-21479132)

(c) Encik Amizi Ikman bin Amran (03-21479128) 


Pertanyaan: 

Tel.: 03-21479124/03-21479132



Sumber:

https://dewansastera.jendeladbp.my/2024/07/23/13956/








0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top