Syarikat Tupperware muflis (bankrap)

 



WASHINGTON – Tupperware Brands Inc (Tupperware) dan beberapa anak syarikatnya memfailkan perlindungan kebankrapan Chapter 11, kata firma bekas penyimpan makanan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata, ia akan mendapatkan kelulusan mahkamah untuk terus beroperasi semasa prosiding kebankrapan.

Iajuga akan mendapatkan kelulusan untuk proses penjualan bagi perniagaan itu untuk melindungi jenamanya

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat telah terjejas teruk oleh persekitaran makroekonomi yang mencabar,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Laurie Ann Goldman.

Syarikat peralatan dapur yang selama beberapa dekad menguasai dunia penyimpanan makanan itu, sejak 2020 telah memberi amaran tentang keraguan dalam keupayaannya untuk kekal dalam perniagaan, lapor akhbar The Straits Times.

Sehingga Jun 2024, ia telah merancang untuk menutup satu-satunya kilang di Amerika Syarikat (AS) dan memberhentikan hampir 150 pekerja.

Pemfailan muflis di Delaware, AS itu dilakukan berikutan rundingan selama berbulan-bulan antara Tupperware dan pemberi pinjamannya mengenai cara mengurus lebih daripada AS$700 (RM3 bilion) juta pinjaman.

Pemiutang telah bersetuju untuk memberinya sedikit ‘ruang bernafas’ pada hutang itu tetapi perniagaan terus merosot.

Pengasas Tupperware, Earl Tupper pada tahun 1946 memperkenalkan produk plastiknya kepada orang ramai, dan seterusnya mematenkan pengedap kedap udara fleksibel mereka.


Menurut perkongsian h ttps://x.com/aidi_ezzhar/

Tupperware ini salah satu kekuatan mereka mak cik mak cik sebenarnya. Dulu selalu mak cik mak cik berkumpul untuk menjual tupperware. Duduk ramai ramai, keluarkan satu satu jenis. Close sales dekat situ juga. 

Sekarang mana ada orang buat begitu lagi, perubahan budaya. Orang ramai beli online. 

Kedua sudah semestinya lambakan produk yang sama seperti tupperware, tetapi dengan harga yang lebih murah. Banyak dah sekarang, dekat kedai RM 2 pun ada. Banyak dah yang berkualiti. 



Sumber:

https://www.kosmo.com.my/2024/09/18/tupperware-fail-permohonan-muflis/

https://www.bloomberg.com/news/articles/2024-09-16/tupperware-brands-mulls-bankruptcy-as-revival-plans-falter



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top