Apa itu bleed area dalam print (cetakan) design?

 



RAMAI DESIGNER KANTOI FA? BLEED PUN TAK TAU! ๐Ÿ˜…๐Ÿ–จ️

Berikut adalah penulisan dan perkongsian asal di Facebook Tuan Imran Abdul Jabar

Okay, jujur cakap – ramai graphic designer yang power buat design lawa-lawa, tapi bila sampai bab preparing Final Artwork (FA) untuk printing, ramai yang kantoi! Serius, benda simple macam bleed pun ramai yang tak tau. So, jom kita sembang sikit pasal apa itu FA, kenapa penting gila korang tak boleh skip step ni untuk printing, dan apa beza FA bila korang nak publish to screen. ๐Ÿ˜Ž

⛑ Apa Itu FA (Final Artwork)?
FA ni basically file akhir yang korang hantar untuk printing. Sebelum hantar, korang kena pastikan semua benda perfect – dari resolution, color mode (CMYK), sampai lah ke setting bleed. Kalau silap hantar, hasil print nanti boleh lari jauh dari expectation. Yang ni lah ramai designer terlepas pandang.

⛑ Bleed – Benda Simple, Tapi Ramai Miss!
Bleed ialah extra margin di luar design yang bagi ruang printer potong tanpa ada "white edge" kat hasil akhir. Standard bleed biasa 3mm, tapi boleh adjust ikut keperluan (atau consult dengan printing company). Kalau tak letak bleed, design korang mungkin nampak tak centered atau ada border putih yang tak diingini. Simple, tapi penting untuk proses cutting paper semasa printing!

⛑ Kenapa FA Ni Penting Untuk Printing?
๐ŸŸจ Elak Masalah Printing – Printer tak boleh baca minda korang! FA yang tak betul boleh buat result akhir print lari jauh dari apa yang korang nampak kat skrin.

๐ŸŸจ Professionalism – Kalau korang nak kerja dengan client besar atau buat projek corporate, korang kena tau prepare FA dengan betul. Salah FA, boleh terus nampak korang tak pro.

๐ŸŸจ Jimat Masa & Kos – Silap FA = reprint = duit & masa terbuang. Lagi-lagi kalau print dalam kuantiti besar. Naya client dan diri sendiri.

⛑ Elak Kantoi – Ini Tip FA Cepat:
๐ŸŸจ Set Bleed dari Awal – Jangan tunggu last minute baru nak add bleed. Masa start design, terus set bleed siap-siap. 3mm tu kira standard.

๐ŸŸจ Check Resolution & Color Mode – Pastikan file korang 300dpi dan CMYK, bukan RGB. Ini basic untuk print.

๐ŸŸจ Flatten Font & Images – Convert text jadi outline atau raster supaya tak ada masalah font missing bila sampai ke printer.

๐ŸŸจ Preflight Check – Sebelum hantar, selalu buat preflight check untuk confirm semua setting betul.

⛑ Tapi... Perlu Ke FA Untuk Publish to Screen? ๐Ÿ–ฅ️
Kalau korang design untuk web atau digital display, FA untuk printing macam yang disebut tadi tak diperlukan dengan cara yang sama. Proses dan keperluan untuk screen jauh berbeza dengan print.

⛑ Untuk Publish to Screen:
๐ŸŸจ Bleed – Tak perlu bleed. Bleed hanya penting untuk print sebab ada proses potong kertas. Untuk screen, tak ada proses tu, jadi tak perlu margin lebih.

๐ŸŸจ Resolution & DPI – Tak perlu 300dpi untuk screen. DPI (dots per inch) hanya relevan untuk print. Untuk screen, resolution 72dpi dah cukup, sebab ini standard untuk paparan digital.

๐ŸŸจ Color Mode – Guna RGB color mode, bukan CMYK. Screen guna cahaya untuk paparan warna (RGB), sementara CMYK digunakan untuk hasil warna dalam cetakan.

⛑ Kenapa Masih Perlu Siapkan FA yang Betul Untuk Screen?
Walaupun tak perlu setting FA macam print, korang masih kena pastikan:

๐ŸŸจ Check resolution & size – Pastikan gambar tak pecah atau blur bila dipaparkan atas skrin.

๐ŸŸจ Optimize file size – Untuk digital, file tak boleh terlalu besar supaya cepat load di web atau apps.

๐ŸŸจ Use RGB mode – Kalau korang guna CMYK, warna mungkin lari bila dilihat atas skrin.

⛑ Kesimpulan?
Untuk printing, korang kena strict dengan setting FA, termasuk bleed, 300dpi, dan CMYK. Tapi untuk publish to screen, benda-benda macam bleed tak relevan, dan korang hanya perlu fokus pada resolution, RGB color mode, dan optimize file. Jadi, FA untuk screen dan print ada perbezaan besar, jadi pastikan korang set betul-betul ikut keperluan projek! ๐Ÿ™Œ


IAJ - 26.09.2024
@imranabduljabar 




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top