TIADA PILIHAN
(verse 1)
andai dapat ku putarkan waktu
mungkin sebelum tulisan aku jadi berlagu
banyak yang ku tak tahu diketika itu
hari ganti hari kini aku tukang buat lagu
kadang rasa tak percaya
aku hampir nak berjaya
tapi bila ada rasa
jadi salah di cerita
sumpah memang tak percaya
kisah kita orang tahu
bukan 123
tapi 7 angka view
sebenarnya tak kejar
nikmat harta dunia
yang aku lebih cari
cinta yang dalam padanya
moga ni bukan sebab
yang aku lupa padamu
walau nama tinggi mana
yang ku mahu cuma mu
ilmu diri masih rendah
jadi jalan pandang bawah
tafsir kitab belum khatam
jadi takperlu ku megah
masih belum kenal diri
nak kenal kekasih hati
lepas belajar kenal diri
kenali yang maha tinggi
(chorus)
ku masih hilang
diri ini masih
masih lagi hilang
masih lagi hilang
diri ini masih
masih lagi hilang
jalan berliku
tempuh satu persatu
tak hirau ribut datang
sebab ku tahu adaMu
dekat denganku
capai mimpi bersama
kau dan aku berdua
kita cipta sejarah
(verse 2)
lain pula cerita
bila kita bahagia
namun ada kemunculan
libat orang ketiga
kau takkan pernah tahu
sabar aku menjaga
lama lama kalau sabar
pun tidak jadi apa
bila tali ku genggam
akhirnya darah melimpah
terpaksa ku lepaskan
walau hati ni tak rela
apa guna kalau aku sahaja yang berjuang
sama seperti raja yang hidup tanpa pejuang
sejarah yang dah berlalu
tentang kita berdua
pahit biar berlalu
kita cipta semula
memori bersama ratna
cinta mati dunia
pintaku cuma mahu
kau ada setiap masa
dikala ku sorang rebah
tunduk jatuh dunia
di kala ku sorang diri
mereka pula meghina
jadi ku tutup pintu
nak tenang seketika
dan tuhan juga tahu
ku mampu hadap semua
(chorus)
ku masih hilang
diri ini masih
masih lagi hilang
masih lagi hilang
diri ini masih
masih lagi hilang
jalan berliku
tempuh satu persatu
tak hirau ribut datang
sebab ku tahu adaMu
dekat denganku
capai mimpi bersama
kau dan aku berdua
kita cipta sejarah
(verse 3)
apa pun yang terjadi
tetap teguh berdiri
walau dia lihat aku
penuh dengan benci
suka untuk ku ingatkan
aku ni manusia
ada hati perasaan
ku bukan yang kau sangka
terima kasih kerna
kau pernah ada dalam hati
terima kasih buat kau
pernah bahagiakan hari
maaf ku ucapkan
kalau ku bukan yang terbaik
aku dah cuba usaha
tapi kau tak tertarik
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.