Tuntut Hutang dah lebih 6 tahun melalui mahkamah

 


Soalan: Boleh ke kalau saya nak tuntut hutang yang dah lebih 6 tahun?

Jawapan:

Seksyen 6 Akta Had Masa menyebutkan bahawa saman mahkamah perlu dimulakan dalam masa 6 tahun dari tarikh kausa tindakan wujud.

Jadi, kalau hutang lebih 6 tahun dikira burn ke?

Belum lagi.

Seksyen 26 Akta Had Masa bagitahu kita, walaupun dah lebih 6 tahun, tapi kausa tindakan ni sebenarnya boleh di refresh jika berlaku salah satu perkara ni:

1. Penghutang mengaku ada hutang
2. Ada sebahagian bayaran selepas 6 tahun

PENGAKUAN HUTANG

Pengakuan macam mana yang boleh dianggap sebagai pengakuan?

Kalau ikutkan Seksyen 27 Akta Had Masa, pengakuan yang diterima hanya pengakuan yang dibuat secara bertulis dan ditandatangan oleh si penghutang.

Maksudnya, kena ada perjanjian bertulis yang proper antara pemiutang dan penghutang.

Tapi dalam satu kes tahun 2014, Mahkamah Persekutuan ada putuskan yang pengakuan si penghutang dalam SMS pun dah dikira sebagai pengakuan yang sah.

Tak perlu tandatangan bertulis.

Perkara yang sama boleh terpakai kepada Whatsapp atau Telegram yang banyak digunakan sekarang.

Jadi, kalau ada orang berhutang dengan kita tapi dah lebih 6 tahun dari tarikh sepatutnya dia perlu bayar, apa yang perlu kita buat adalah,

Hantar Whatsapp kepada dia.

Sebut jumlah hutang. Lagi bagus bagi jumlah tepat.

Tanya dia, bila nak bayar?

Kalau dia reply contohnya,

"Ye, nanti ada duit aku bayarlah."

Secara tak langsung sebenarnya ini boleh jadi satu pengakuan yang dia memang berhutang dengan kita.

Sebab tu better letak jumlah sekali bila nak tanya tu.

Tapi untuk lebih kepastian, kalau boleh ada perjanjian bertulis yang proper.

Lebih selamat dan kuat untuk dibawa ke Mahkamah.

ADA PART PAYMENT

Contoh: Ali hutang dengan Abu RM 10k. Patutnya Ali kena bayar tahun 2012 lagi tapi tak bayar-bayar.

Takde angin takde ribut, hujung tahun 2020 hari tu tiba-tiba Ali ada bayar kat Abu sikit RM 1k sebagai bayaran hutang tahun 2012 tu.

Kat sini, sebab Ali dah buat sebahagian bayaran untuk hutang tu, secara automatik tempoh 6 tahun untuk Abu mulakan saman di mahkamah ke atas Ali (kalau dia nak la) start balik pada tahun 2020.

Maksudnya Abu ada masa sampai lebih kurang tahun 2026 untuk saman Ali.

Kalau ikut tempoh asal, sepatutnya last untuk Abu saman Ali adalah pada tahun 2018.

Apapun, ingat ye, trick-trick di atas adalah untuk situasi yang hutang dah lebih 6 tahun.

Kalau masih dalam 6 tahun, boleh je nak proceed ambil tindakan bila-bila masa pun.

Tapi sebaiknya janganlah sampai lebih 6 tahun.

Jadi panjang ceritanya nanti. Lagipun, trick yang ditunjukkan di atas boleh digunakan oleh dua-dua pihak.

Kalau tindakan kita time-barred, memang kes kena buang macam tu je nanti dengan mahkamah.

Ingat:

"The law only assists those who are vigilant and not those who sleep over their rights." 

Semoga bermanfaat.

https://www.facebook.com/share/p/Kww2NKdpfC96k6tV/

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top