Lirik lagu Bermula Cerita - Liza Aziz
Sepurnama tak bertemu
Habis degupan jantung semakin laju
Segala bicaraku seolah terbeku
Apakah keajaibannya dengan kehadiranmu itu
Sehingga ku terpesona
Tiba-tiba saja segala reaksiku ini
menjadi kaku
Suci kedatangannya bersama niat hati
Dalam ungkapan
Menghulurkan kata cinta
Menyentuhi jiwa
Apakah keajaibannya dengan kehadiranmu itu
Sehingga ku terpesona
Tiba-tiba saja segala reaksiku ini
menjadi kaku
Bermula cerita kisah cinta
Antaraku dengannya (apakah keaijabilanya)
(Kehdiranmu)
Tuba-tiba saja
Segala reaksiku kaku
Dalam ungkapan menghulurkan kata cinta
Menyentuh ijiwa apakah keaijabilanya
Apakah keajaibannya dengan kehadiranmu itu
Sehingga ku terpesona
Tiba-tiba saja segala reaksiku ini
menjadi kaku
Biodata Liza Aziz GV11
Biodata
Nama sebenar: Norliza binti Abdul Aziz
Nama komersial: Liza Aziz
Umur: 61 tahun (2024)
Tarikh lahir: 18 Mei 1963
Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
Keluarga: Anak bongsu daripada dua orang adik beradik
Pekerjaan: Penyanyi
Latar Belakang
1. Liza Aziz, anak kepada bintang legenda Normadiah dan Aziz Jaafar, mewarisi darah seni yang mengalir dalam keluarganya. Ibunya dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan penari yang terkenal, manakala bapanya sering menghiasi layar filem Melayu klasik. Liza juga mempunyai seorang kakak, Azlina Aziz yang turut melakar nama sebagai penyanyi dan pelakon di Malaysia.
2. Langkah pertama Liza dalam dunia seni bermula dengan menyertai Normadiah Dancers, sebelum bergelar penyanyi latar ikon muzik tanah air, Sudirman Haji Arshad. Tidak lama kemudian, Liza mula mencipta namanya sendiri dalam dunia muzik, bersama genre pop yang memuncakkan popularitinya sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an.
3. Namanya bukan sekadar harum di Malaysia, malah turut dikenali di Singapura. Liza telah merakamkan beberapa buah album yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penyanyi, termasuk dua album studio iaitu Liza (1992) dan Hati Ini (1995). Lagu-lagu
popularnya seperti Tak Rela, Bermula Cerita, Bisikan Rindu, Masa, Siti Payung dan banyak lagi.
4. Antara persembahan terkini Liza yang masih segar dalam ingatan peminat adalah sewaktu beliau melangkah ke pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dalam Konsert A Tribute To Sudirman pada tahun 2023. Pada malam penuh kenangan itu, Liza bersama Ernie Zakri, Hazama dan Arish Mikael bergabung dalam menghidupkan kembali aura legenda Sudirman, dengan menyampaikan lagu-lagu yang membangkitkan nostalgia.
5. Tidak ketinggalan, Liza turut tampil di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sebagai penyanyi jemputan bagi peserta Noryn Aziz pada tahun yang sama. Membawa lagu I'm Every Woman nyanyian asal Chaka Khan, duet mereka menghidupkan suasana sehingga mendapat standing ovation daripada para penonton yang kagum.
6. Selain itu, pada tahun 2020, Liza dan kakaknya Azlina Aziz memukau hadirin Axiata Arena, Bukit Jalil di pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33. Mereka menyampaikan medley lagu-lagu hits seperti Wajah Siapa Di Hatimu, Pengorbanan dan Bermula Cerita, disertai dengan kemunculan istimewa Noki K-Clique, yang menambah rencah moden pada persembahan yang penuh energi dan emosi itu.
Fakta Menarik
1. Memulakan langkah dalam dunia seni suara sejak era 80-an.
2. Penyanyi bertaraf legenda ini dilabelkan bersuara emas dan kehebatannya masih sama walaupun sudah berusia.
3. Sering kali, suaranya menjadi latar dalam iklan.
4. Bagi kebanyakan netizen, gelak tawa dan wajah Liza seperti jelmaan ibunya, seniwati Normadiah.
5. Liza merupakan bekas penyanyi latar Sudirman sejak tahun 1984.
6. Kenangan bersama Sudirman sangat berharga buatnya. Dia pernah menjadi penyanyi latar Sudirman dalam konsert bersejarah Chow Kit Road pada 18 April 1986, di mana keriuhan waktu itu tak pernah terpadam daripada ingatannya. Sudirman, yang diiringi oleh enam pemuzik, turut menggelarkan kumpulan penyanyi latar itu sebagai 'Giggles' kerana mereka sering riang ketawa.
7. Baju ikonik bercorak bendera yang dikenakan oleh Sudirman merupakan hasil kerja tangan Liza sendiri. Malah, dia menjahit dua persalinan untuk persembahan Sudirman dengan bantuan arwah ibunya. Ada juga cerita di sebalik impian Sudirman untuk membina syarikat rakaman sendiri dan menghasilkan album buat Uji Rashid serta Liza, namun impian itu kekal sekadar hasrat.
8. Nama Liza cukup sinonim dengan kakaknya, Azlina Aziz, di mana keduanya selalu tampil sebagai penyanyi duo. Liza juga merupakan ibu saudara kepada penyanyi 'BBNU' dari Brunei, Syafiq Abdillah, iaitu peserta Big Stage 2022 yang mana ibu Syafiq adalah sepupu kepada Liza dan Azlina Aziz.
9. Liza memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tertutup, tanpa media sosial. Baginya, mengekalkan 'low profile' memberikan ruang untuk dirinya menikmati kehidupan tanpa perlu berkongsi segala hal peribadi kepada orang ramai.
Sumber:
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.