10 tahun di alam maya, akhirnya bertemu juga

 


Hari ini, genap seminggu yang lalu, saya bertemu beliau.

20/04/25, Hari Kita.

Siapa sangka orang yang selalu kita lihat mesej manisnya di skrin, akan berada di depan mata.

Siapa sangka orang yang selama ini likes post kita -kita likes post dia, munculkan senyuman di depan sahaja.

Siapa sangka orang yang kita berbual - usik, tegur & puji, hari ini kita dengar ketawanya di sebelah telinga.

Siapa dapat menyangka, setelah bertahun-tahun bertemu di skrin kaca, kita benar-benar akhirnya akan berjumpa?

Ann & Anem

Hari itu - beliau di sebelah saya.

Kami berjalan bersama seperti tiada penghujungnya.

Kami berbual seperti tiada hari esoknya.

Dia yang selalu rasa sayalah yang ada waktu sedihnya - sedangkan tanpa dia tahu dialah yang memaknakan saya serasa seperti diri ini berguna. Hari ini saya lebih baik antaranya sebab dia.

Dia yang selalu rasa dia biasa, sebenarnya dia seorang yang sangat istimewa.

Anem & Ann

Pandangan pertama saya bila berjumpa — dia manis benar orangnya. Pemalu, lembut dan bijaksana. Kami mudah klik dan berbual - mungkin kerana minat juga sama (puisi, buku & lagu). Paling penting dia boleh faham cara saya bercakap yang kadangkala agak merepek dan ke laut dalam. Malah saya suka karakter diri dia yang agak jinak-jinak merpati itu. Nampak mudah didekati, tapi tak mudah diselami. Manis, bukan? 

(Dahlah sama-sama gadis April) ^^

Melihat beliau seakan melihat sebahagian diri saya yang lalu, namun ada kualiti dalam diri beliau adalah impian saya yang baru.


Terima kasih Nuraini Hashim sebab sudi selalu berkongsi cerita, sudi percaya saya, sudi datang berjumpa, sudi mendakap saya, sudi berkawan dengan saya untuk tempoh lama.

Untuk hal-hal yang mendatang, moga awak kuat dan dipermudahkan. Moga terus jadi anak solehah dan diberi kekuatan serta kelapangan hati — dalam setiap hal yang dilalui. Saya yakin awak mampu seperti selalunya. Slowly but surely, Insya-Allah. 🤲🏻

Untuk apa bakal jadi nanti, awak tetap adik dan sahabat yang saya syukurkan, sangat saya sayang dan amat saya banggakan. 

Moga terus jadi mentari yang menyinari hati. Moga hidupmu akan terus bercahaya dan berseri. Hingga jumpa lagi. 🌻


Since 2014, sampai bila-bila diizin Dia.

Hingga Anem jumpa Ann lagi.


We’re not always near, but we’re never far

Friends who find light where the quiet scars are.

 

Kek Ann buat - sedap!
(Selain pandai menulis, beliau mahir memasak & menjahit juga)

P/S: Saya cuba bertahan untuk tidak membasahkan mata. Namun ingatan untuk kenangan yang seketika berjaya menyebakkan jiwa. Moga selepas pertemuan pertama, ada kedua dan seterusnya. Insya-Allah.

Terima kasih untuk segala-galanya. Hanya Allah sahaja mampu membalas semua perkara. Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon maaf untuk segala kekurangan saya. 

I miss you. 


Moga persahabatan kita bergema sampai selamanya.

Fi hifzillah.


(Special shoutout to Seha (Kak Long Ann) – for everything – thank you so much!)




We are a poem

that never forgets

its next line.


Yang sentiasa mendoakan dari utara;

Sis Anem Arnamee



4 yang menasihati

  1. Seronok kan bila jumpa sahabat maya .kadang betul org ckp, orang yg bukan keluarga yg sangat memahami dan boleh rapat ngan kita, sedangkan adik beradik, saudara mara sendiri seakan menjauh..ssmoga ukhwah kalian berpanjangan ..salam perkenalan dari SA...done follow..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi singgah baca ke blog kak yong..salam hormat salam perkenalan semoga kita terus melangkah berjaya dan bahagia...

    ReplyDelete
  3. waahhh mesti mcm tak sangka kan setelah 10 tahun bersahabat di alam maya tup2 dpt berjumpa depan mata! hehehe

    *TQ sudi singgah blog Anamizu :)

    ReplyDelete
  4. kadang2 ada juga berjumpa dgn sahabat di alam maya. seronok kan bila org yg kita interact on9 akhirnya ada di depan mata?

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top