Galakan Puasa di Bulan Muharram
1. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menjelaskan kepada kita tentang kelebihan berpuasa di bulan Muharram. Sabda Rasulullah ﷺ:
أفضَلُ الصِّيامِ بعد رمضانَ شَهرُ اللهِ المُحَرَّمُ
"Sebaik-baik puasa selepas daripada puasa di bulan Ramadan adalah puasa di bulan Muharram" (HR Muslim)
2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Hafiz Ibn Rajab menjelaskan bagaimana Rasulullah ﷺ menyandarkan bulan Muharram dengan panggilan bulan Allah, ia menggambarkan kelebihan yang ada padanya termasuklah kelebihan berpuasa.
3. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, bulan Muharram adalah bulan yang terbaik untuk diperbanyakkan puasa sunat. Kata beliau:
قَالَ أَئِمَّتُنَا: أَفْضَلُ الْأَشْهُرِ لِصَوْمِ التَّطَوُّعِ الْمُحَرَّمُ
"Para Imam kami menjelaskan bahawa bulan yang terbaik untuk menunaikan puasa sunat adalah puasa pada bulan Muharram."
4. Manakala Mulla Ali al-Qari pula menjelaskan bahawa hadis ini seakan-akan merujuk kepada puasa hari Asyura nanti. Namun secara zahirnya, teks (matan) hadis ini merujuk secara umum kepada keseluruhan masa dalam bulan Muharram. (Mirqah al-Mafatih)
5. Perbanyakkan amalan berpuasa di dalam bulan Muharram seperti yang disebutkan oleh Baginda Nabi ﷺ.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
1 yang menasihati
kenapa yaa..xnampak tarikh di posting ni..tertanya tanya sendiri di mana nak tengok tarikh postingan ni...
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.