Bazar Buku Perak & Pesta Moh Makan 2025 di Ipoh

Meriah Bazar Buku Perak tahun ini, siap dengan Pesta Moh Makan.. Boleh shopping buku sambil makan! ๐Ÿ•๐Ÿฟ





Memang sesuailah kalau nak hunting makanan dan buku kat satu tempat. Pelbagai makanan lokal dan viral, aneka kuih tradisi, kopi, dessert semualah.. Boleh shopping buku, boleh makan dan lepak sambil enjoy vibe bazar ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜


๐Ÿ“ AEON BiG Falim, Ipoh

๐Ÿ—“️ 23 Julai – 27 Julai 2025

๐Ÿ•™ 10 pagi – 10 malam


Kali ini ada lebih 55 reruai pempamer terlibat dengan pelbagai genre buku/penerbit dengan diskaun super murah khas untuk orang Perak. Nak tengok penulis, ada.. Nak cari buku ‘rare’, ada.. Ada pula persembahan dari Dato Jamal Abdillah, Najwa Latif dan Hijjaz ๐ŸŽค๐ŸŽถ 


Beli buku tempatan RM20 ke atas boleh tebus baucar RM10. Tambah menarik, korang pi je beli buku sikit pun takpe. Pembelian RM50 ke atas layak sertai Cabutan Bertuah tau. Setiap hari ada cabutan dan hadiah menarik ๐Ÿ“–๐ŸŽ


Bawak anak-anak sekali, banyak aktiviti untuk diorang antaranya pertandingan tulisan khat dan pertandingan cerita pendek ๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป๐ŸŽจ 


Sambil cuci mata tengok buku, boleh cuci perut sekali.. Moh kita‼️





Sumber: Viral Perak


1 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top