PESTA IPOH KOPI VIBES 2026
Bazar Buku Perak & Pesta Moh Makan 2025 di Ipoh
Meriah Bazar Buku Perak tahun ini, siap dengan Pesta Moh Makan.. Boleh shopping buku sambil makan! ๐๐ฟ
Memang sesuailah kalau nak hunting makanan dan buku kat satu tempat. Pelbagai makanan lokal dan viral, aneka kuih tradisi, kopi, dessert semualah.. Boleh shopping buku, boleh makan dan lepak sambil enjoy vibe bazar ๐๐
๐ AEON BiG Falim, Ipoh
๐️ 23 Julai – 27 Julai 2025
๐ 10 pagi – 10 malam
Kali ini ada lebih 55 reruai pempamer terlibat dengan pelbagai genre buku/penerbit dengan diskaun super murah khas untuk orang Perak. Nak tengok penulis, ada.. Nak cari buku ‘rare’, ada.. Ada pula persembahan dari Dato Jamal Abdillah, Najwa Latif dan Hijjaz ๐ค๐ถ
Beli buku tempatan RM20 ke atas boleh tebus baucar RM10. Tambah menarik, korang pi je beli buku sikit pun takpe. Pembelian RM50 ke atas layak sertai Cabutan Bertuah tau. Setiap hari ada cabutan dan hadiah menarik ๐๐
Bawak anak-anak sekali, banyak aktiviti untuk diorang antaranya pertandingan tulisan khat dan pertandingan cerita pendek ๐ฆ๐ป๐จ
Sambil cuci mata tengok buku, boleh cuci perut sekali.. Moh kita‼️
Sumber: Viral Perak
Tiba-tiba, Puisi! 2025 (Ipoh)
Super Kinties & Friends mempersembahkan:
⚡ Tiba-tiba, Puisi! ⚡
26 Julai, 2025 (Sabtu)
12.00 tengah hari
Pasar Besar Ipoh
9 pemuisi, 9 lokasi, 1 pasar.
Abdul Aziz Ali • Aliff Awan • Azmi Ismail • Faiz Hanip • Hanif.Nour • Haqim Ankeni • Jasad Bersiong • Petak Daud • Wan Syafiqah
Sebuah eksperimen gandingan puisi dan kearifan geografi; menjalin ikatan antara lokasi sebagai kaedah seni.
Para pemuisi dan peserta akan bergerak dari lokasi berkumpul di Kinta Zine Club, B-13, Aras B, Pasar Besar Ipoh, dan kemudiannya mengelilingi pasar bersama persembahan puisi di lokasi-lokasi yang telah menghembus semangat seni.
Daftar kehadiran; scan QR di slide ketiga, atau melalui pautan tinyurl.com/ttppbi25.
Pakai pakaian yang selesa, bawa air minuman dan juga kipas!
Jumpa nanti!
Sumber:









