Showcase Devotees 2025

 BATTLE KE-2 ?

.

Alhamdulillah atas permintaan ramai kami akan buka semula jualan tiket Showcase Devotees bermula jam 2 petang ini (Isnin, 14 Julai 2025).

.

Untuk makluman, lokasi showcase iaitu Main Auditorium UIA Gombak mempunyai tempat duduk di bahagian bawah yang boleh menampung sehingga 500 orang dan di bahagian atas sehingga 300 orang.

.

Semasa jualan tiket yang pertama pada 1 Julai 2025, kami hanya mensasarkan tempat duduk di bahagian bawah dan tidak menyangka kesemuanya akan terjual dalam masa kurang 1 hari. Setelah mengambil kira masih ramai yang ingin datang & ada yang terlepas maklumat tentang showcase ini, kami membuat keputusan untuk membuka jualan tempat duduk di bahagian atas.


Bagi yang terlepas mendapatkan tiket sebelum ini, kami jemput untuk buat pembelian seawal jualan dibuka kerana hanya 200 tempat duduk disediakan. 

.

Juga diingatkan jangan risau tidak dapat melihat penyanyi & pemuzik di atas pentas dengan jelas kerana jarak tempat duduk dengan pentas hanyalah sekitar 14 meter sahaja (panjang 3~4 buah kereta proton wira).

.

Pembelian tiket boleh dibuat melalui laman web www.showcasedevotees.com. Semoga dapat tiket !



Devotees

https://www.facebook.com/share/p/1Adh5rjUeB/









0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top