Blog untuk perkongsian nota agama, isu semasa, tentang penulisan, fotografi dan lirik lagu .
Lirik lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni - Dato' Sri Siti Nurhaliza
Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan.
Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat. Penekanan pada tema “Rakyat Disantuni” pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.
Sumbet+r: https://www.merdeka360.my/web/logo/
Lirik Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’- Dato' Seri Siti Nurhaliza
Gubahan Muzik : Affan Mazlan
Penyanyi : Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin
Terbitan : Orkestra RTM
Malaysia Madani Rakyat Disantuni
Intro
Malaysia Madani rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani… hai bersatu hati
Kita semua sama malaysia
Verse 1
Satu hati, walau berbilang bangsa
Kan bersama bawah naungannya
Satu jiwa, tak kira apa warna
Takkan ada yang membezakan kita
Pre-Chorus
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India,
Iban Kadazan kita sejiwa
Chorus
Malaysia Madani rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama malaysia
Malaysia Madani rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Verse 2
Berdiri megah selamanya kita bersama
Warisan takkan binasa
Setia gagah bersama kita merdeka
Kita semua anak Malaysia
Bridge
Hai orang India berbudi bahasa
Lembut langkah tarian indahnya
(Anak-anak orang Cina hai ada tarian naga
Merah menyala sungguh megahnya)
Hai melayu pula macam-macam budaya
(Sebut saja hai semua ada)
Orang Iban dan Kadazan semua gagah perkasa
(Kita semua anak Malaysia)
Pre-Chorus
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India,
Iban Kadazan kita sejiwa
Chorus
Malaysia Madani rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama malaysia
Malaysia Madani rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara
Malaysia Madani hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Kita semua sama Malaysia.
Lagu/Lirik/Gubahan Muzik: Affan Mazlan
Penyanyi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin
Penyanyi Latar: Fareez Khairul, Mankimmal, Aleya Allisyah, Dila Asr
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.