Lirik lagu Qanaahku - Anugerah


Lirik Qanaahku:


Cukup bagiku, redha selalu, 

atas semua nikmat pemberianMu

Bukan inginku, atau mahuku

Qanaahku atas kurniaanMu

 

Peribadimu Rasul Mulia, 

tempatku menyanjung dan memuja

Meski padamu pangkat dan kuasa

Namun bagaikan tiada apa

 

Qanaahmu wahai Rasulallah

Laksana kejora nan terindah

Indah akhlakmu tinggi pekerti

Selayaknya engkau dicontohi

 

Hidup tunduk dan bersederhana

Usaha tingkatkanlah sejahtera

Berserah tawakkal pada yang Esa

Tiada iri cemburu buta

Sifat qanaahku hanya keranaNya

 

Hikmah qanaah menjadi tenang

Hikmah qanaah hidup tenteram

Hikmah qanaah diri mulia

Sabar dan syukur sentiasa

 

Hikmah qanaah mengikis dengki

Hikmah qanaah akan dihormati

Hikmah qanaah erat perhubungan

Berkasih sesama insan

 


اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ الهُدَى وَالتُّقَى وَالعَفَافَ وَالغِنَى

 

Keimanan bahawa sesungguhnya

Allah Ar-Razzaq pada hambaNya

Bersyukur dan bersabar sentiasa

Redha segala ketentuanNya

 

Hidup tunduk dan bersederhana

Usaha tingkatkanlah sejahtera

Berserah tawakkal pada yang Esa

Tiada iri cemburu buta

Sifat qanaahku hanya keranaNya

 

Hikmah qanaah  

Hikmah qanaah  

Hikmah qanaah  

Sabar dan syukur sentiasa


Mengikis dengki

Akan dihormati

Erat perhubungan

Berkasih sesama insan

 


 اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ الهُدَى وَالتُّقَى وَالعَفَافَ وَالغِنَى





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top