Kedai Buku 24 jam: The Library - BookXcess Sunway

 



Tepat jam 12 tengah malam, Rabu 10 Disember ini, BookXcess membuka The Library at Sunway Square; kedai buku 24 jam terbesar di Asia Tenggara, betul-betul di Bandar Sunway.

Dengan keluasan 38,000 kaki persegi dan dua tingkat, The Library by BookXcess bukan sekadar kedai buku; ia pengalaman. Sambutan pertama ialah The Cone; arca seni bina yang mengangkat sejarah Sunway sebagai bandar perlombongan bijih timah.

Antara tarikan paling mencuri perhatian ialah Whale Fall oleh artis Malaysia, CO2; instalasi seni daripada buku-buku rosak yang diselamatkan dari gudang BookXcess dan diberi kehidupan baharu.

Dongak ke atas dan anda akan nampak buku-buku tergantung di siling; seolah-olah terbang, ringan, dan penuh magis.

Ruang ini dibahagikan kepada empat zon utama; Fiction, Non-Fiction, Children, dan Non-Books; dengan lebih 40 kategori untuk diteroka.

Lapar sambil membaca? Kenny Hills Bakers ada pastri, roti organik, dan menu khas Sunway. Di sebelahnya, Good Mojo Smoothies; minuman segar untuk teman membaca sampai lewat malam.
Lengkapkan pengalaman dengan FRAK/TURE Fashion Studio; fesyen thrift avant-garde untuk yang suka gaya berani.

Ditambah pula pemandangan Sunway South Quay Lake; ini tempat untuk baca, makan, beli-belah, dan lepak tenang dalam satu masa.

📍 L2-19, Level 2, Sunway SQ Mall, Bandar Sunway



























0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top